/* */


Saturday, 11 December 2010

Pertanian dan Penternakan itu Mulia

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada anda semua yang setia membaca penulisan Labi-Labi yang tidak seberapa ini. Entry kali ini Labi-Labi ingin memulakan coretan Labi-Labi entry  ini mungkin agak panjang bagi yang tidak beberapa suka membaca dan bagi yang suka membaca mungkin ini adalah entry  yang lahir dari hati seorang yang bakal menjadikan pertanian dan penternakan sebagai pekerjaan idaman...

Labi-Labi dahulu bila ditanya apakah cita-cita Labi-Labi.. Labi-Labi akan katakan yang Labi-Labi hendak jadi seorang polis, askar, doktor dan bermacam-macam lagi. Ada sekali apabila mengisi rekod di alam persekolahan Labi-Labi pernah menyatakan yang Labi-Labi ingin menjadi seorang PERDANA MENTERI (besar sungguh cita-cita Labi-Labi nie keh3x)..Hari ini, seberapa ramai dalam kalangan muda seperti kita yang mahu menjadikan pertanian dan penternakan sebagai pekerjaan idaman mereka?


Nowadays, kita hanya memilih kerjaya yang hanya nampak gah dimata orang seperti menjadi seorang jurutera, juruterbang, doktor, dan berbagai-bagai lagi yang terlintas di dalam kotak pemikiran anda semua... tetapi kurang daripada 10% yang mahu menjadikan pertanian dan penternakan sebagai suatu profession yang diminati..Dimanakah silapnya?

Mungkin hal ini terjadi apabila betapa dangkalnya segelintir otak seorang manusia seperti kita yang hanya nampak pertanian dan penternakan hanya untuk golongan yang susah,hidup di kampung, "makan pagi kais pagi makan petang kais petang " , tidak boleh mengecapi kemewahan dan berbagai-bagai lagi yang ada didalam fikiran kita...Kenapa begitu dangkalnya pemikiran kita semua?Adakah betul yang selama ini apa yang kita fikir itu?BETUL kah?

Jika betul mari mari Labi-Labi mengajak anda semua kosongkan pemikiran anda kerana selepas ini Labi-Labi yakin persepsi anda akan berubah...

Farming - the practice of cultivating the land or raising stock wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn
Pertanian dan penternakan bertujuan untuk memenuhi keperluan makanan di dalam dan jika ada lebih kita boleh eksport ke luar negara dan ia boleh menjana income yang lebih. Selain itu, negara boleh mengurangkan kos import barang makanan daripada luar negara dan menguruskan kebergantungan stok makanan daripada negara luar contohnya beras daripada Thailand dan Kemboja, Kelapa Sawit daripada Indonesia dan lain-lain..Di Australia pertanian mampu menjana $39billion pada tahun 2004.

Di Malaysia kadar nilai import makanan meningkat sebanyak RM17.7 bilion pada tahun 2005 kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009 dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 10.2%. cuba kita bayangkan jika kita dapat 3% daripada RM26.7 billion jumlah import makanan ini  anda dapat bayangkan  berapa puluh juta setahun anda boleh jana dengan pertanian dan penternakan pada masa kini?

Siapa kata dengan pertanian dan penternakan tidak boleh mengecapi gaji seperti jurutera dan doctor malah pertanian dan perternakan boleh menjana lebih daripada kerja jurutera,doctor dan lain-lain lagi yang anda rasa kerja itu lebih grand daripada kerja bertani dan pengembala lembu, kerbau, dan kambing.

Malaysia perlu mengimport daging dari luar negara seperti India (80,000 tan metrik atau 80% daging kerbau) dan selebihnya diperolehi daripada Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil.  Sebahagian kecil daging import ini diproses menjadi produk tambah nilai dan dieksport semula. (sumber : http://blogmoa.moa.gov.my/?p=1439 ). Hal ini terjadi kerana Malaysia hanya mampu membekalkan 27% daging lembu kepada rakyatnya kerana begitu besar permintaan daging lembu dalam pasaran Malaysia. Sekilo daging lembu RM19 seekor lembu boleh mencecah 200kg hingga 300kg. Ada baka lembu daripada Jadi kenapa perlu kita memperjudikan nasib untuk menceburi bidang yang berpotensi untuk "lingkup" yang lebih besar daripada pertaniaan dan penternakan?

Katakanlah jika anda menceburi bidang pertanian dan penternakan, risiko untuk gagal adalah kecil berbanding anda ingin membuka sebuah kilang electronic atau mesin-mesin kejuruteraan. Memang tidak disangkal keuntungan menjual barang-barang electronic boleh memperoleh keuntungan yang besar tapi macam mana jika berlaku kegawatan ekonomi adakah rakyat masih membeli barang-barang anda itu?? JAWAPANNYA TIDAK! tapi jika anda membuka ladang pertanian atau ladang penternakan walaupun kegawatan ekonomi rakyat masih membeli bahan makanan daripada anda..walau mahal sekalipun mereka tetap akan beli daripada anda. Jadi fikir-fikirkan lah..

Akhir kata daripada Labi-Labi, bidang pertanian dan penternakan mempunyai masa depan yang cerah dan boleh menjamin masa depan anda..Anda tidak perlu untuk menjadi CEO di syarikat-syarikat besar untuk membeli sebuah Mercedes Benz,BMW,ROLL ROYCE Phantom GHOST, dan kereta mewah yang lain-lain..Tapi dengan pertanian dan penternakan anda pun boleh juga memiliki itu semua.


 more info please follow this link : http://blogmoa.moa.gov.my/





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...