/* */


Tuesday 7 December 2010

Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum kepada para pembaca..
Salam Maal Hijrah kepada anda semua..bersyukur kepada hadrat ILLAHI ke atas limpah kurnianya kita dapat hidup di tahun 1432H bersamaan tahun 2010..

Hijrah bermaksud perpindahan..perpindahan yang tidak hanya tertakluk kepada perpindahan diri kita..Tetapi merangkumi perpindahan diri,emosi, dan spitirual..

Mungkin ramai diantara kita dan Labi-Labi sendiri (sekadar untuk beringat dan memperingati sesama kita) yang telah menanam pelbagai azam untuk menempuhi ranjau suka duka pada tahun-tahun yang akan datang..tetapi adakah kita telah menunaikan azam yang lepas..?

Ada dalam kalangan kita yang ingikan ini..inginkan itu..mahukan itu..mahukan itu..Labi-Labi harap Azam anda semua telah tercapai InsyaAllah..

Atau sekadar meneruskan AZAM yang dari dahulu yang tidak pernah tercapai?

Bangunlah wahai sahabatku...jangan engkau tergolong dalam salah satu puak-puak yang gagal...biar AZAM kita simple bak kata orang putih :-) yakni kita boleh melakukan apa yang telah kita Azamkan..
bukannya berAzam mengimpikan segunung emas dan permata tetapi USAHA anda untuk mendapatkan segunung emas dan permata itu macam mana?

Akan hal ini,Labi-Labi ingin memperingati kepada diri Labi-Labi dan anda semua biar azam kita simple tapi kita berjaya melaksanakan apa yang telah kita azamkan..Renungkanlah wahai rakan-rakanku...Sesungguhnya hidup ini hanya sekali...

Lapangkan dadamu..bukalah mindamu..tepuk dada tanya IMAN

Wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh..

lelabi: AZAM tahun ini nak ambil lesen kereta..itu Azam short-term..Long-term nak jadi usahawan tani dan penternakan yang berjaya..InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...