/* */


Wednesday, 8 December 2010

KEJAYAAN itu suatu PILIHAN dan BUKAN KEBETULAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera and Hi guys...

Entry kali ini Labi-Labi nak bercerita sikit tentang kejayaan yang kita dapat adalah pilihan kita sendiri dan bukannya kebetulan..bukannya seperti yang jatuh daripada langit..

Kejayaan atau Achievement bermaksud suatu pencapaian yang telah kita kecapi tak kira kejayaan dalam bidang apa sekalipun di bidang perubatan , bidang pengurusan maklumat, atau dalam bidang -bidang yang lain..

Pilihan atau Options ini bermaksud sesuatu yang telah kita inginkan lalu kita letak mengambil sesuatu itu sebagai milik kita..Pilihan boleh sahaja menjadi suatu pilihan yang baik atau suatu pilihan yang tidak baik lalu meranapkan hidup kalian..

Kebetulan atau Coincidence bermaksud sesuatu yang terjadi tanpa kerelaan kamu atau dengan bahasa mudahnya secara tidak sengaja..

Kejayaan,Pilihan, dan Kebetulan ini sangat berkait rapat antara satu sama lain..Kita tidak boleh berjaya jika itu bukan datang daripada diri kita sendiri dan kejayaan itu tidak terjadi secara kebetulan..Kerana tiada suatu pun perkara di dunia ini terjadi secara kebetulan...

Pilihan kita tidak semua sama..ada yang membuat pilihan mahu menjadi seseorang yang berkuasa di dunia..ada yang mahukan kedamaian..dan pelbagai lagi pilihan yang dihajati oleh mereka..samaada pilihan itu terbaik atau tidak hanya terserah kepada yang SATU..

Kebetulan tidak pernah terjadi di dalam dunia yang realiti ini..Kerana tiada suatupun yang terjadi secara kebetulan...Mungkin...Mungkin..kalau yang terjadi secara kebetulan itu anda boleh nyatakan pada Labi-Labi apa yang terjadi secara kebetulan? TIADA BUKAN?? Kerana Allah pernah berfirman yang DIA tahu apa yang kita tidak tahu apabila DIA mencipta makhluk-makhluk didunia ini...

Kesimpulannya,Kejayaan itu adalah suatu yang memang kita impikan..dan bukannya suatu yang terjadi secara kebetulan...Kita perlu mencari kejayaan yang kita telah pilih moga-moga Allah permudahkan kita mendapatkan apa yang terbaik untuk kita...Kita juga tidak boleh berkata bahawa kejayaan yang kita miliki adalah kerana hasil usaha kita seorang padahal jika tidak mendapat keredhaan daripada Allah dan kedua-dua orang tua kita adakah kita masih boleh dapat kejayaan?Jika ya, adakah kejayaan kita itu diberkati?Tidak bukan?Oleh itu,tepuk dada tanya iman...

lelabi: Kejayaan hak milik setiap insan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...