/* */


Sunday 12 December 2010

Hati yang tulus ikhlas..Dedicate version

TIME KITA PART 1

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan Salam Sejahtera Labi-Labi ucapkan kepada pembaca yang bukan beragama Islam (ade ke yang bukan Islam membaca Blog Picisan nie). Entry kali ini Labi-Labi tujukan khas buat rakan Labi-Labi yang seangkatan dengan Labi-Labi pada awal Labi-Labi menjejakkan kaki dekat UiTM KEDAH pada SESI JULY 2008..

Hari first Labi-Labi menjejakkan kaki di UiTM, bagaikan suatu dunia asing bagi Labi-Labi yang sebelum ini tidak pernah belajar jauh daripada rumah Labi-Labi iaitu di Penang. Mungkin di kotak pemikiran manusia - manusia lain ada yang menggangap Labi-Labi bertuah dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Labi-Labi pun rasa amat bertuah kerana pihak UiTM telah memberikan peluang kepada Labi-Labi untuk meneruskan agenda memartabatkan Bumiputera di Malaysia..

Tapi entry kali ini bukan bersoalkan tentang kisah Labi-Labi secara langsung, tapi Labi-Labi ingin memutarkan nostalgia yang amat bermakna kepada seorang insan yang bernama Mohd Zuwairi Akmal bin Ahmad Kamal iaitu seorang insan yang bersama-sama tinggal sebilik dengan Labi-Labi daripada semester 1 - semester 3 di Kolej Malinja blok B (ingat lagi tak?). Maaf ayat-ayat selepas ini Labi-Labi tidak menggunakan ayat yang formal

Petunjuk 
hang - Mohd Zuwairi Akmal bin Ahmad Kamal (ADI)
AKU - Labi-Labi
depa @ mereka - rakan - rakan kami atau manusia lain dan lain-lain

Adi,

Hang ingat lagi tak masa kita tinggal dekat Malinja time semester 1 dahulu..? Ingat lagi tak..masa hang dan aku duduk dkt atas katil yang sama? Katil double decker? Hang ambil katil bawah...tapi aku ambil katil atas...Aku tak kesah pun dapat katil mana sebenarnya..sebab aku tau ramai takkan ambil katil atas sebab malas nak panjat atas...Tapi bagi aku tak jadi ISSUE pun sebab bagi aku tidur dekat katil atas ada banyak kelebihan..Kita satu bilik dengan Mawi (bkn nama sebenar) dan Achik (bukan nama sebenar jugak)

Adi,

Hang teringat tak lagi masa kita pergi nak pergi kelas dulu-dulu time kita semester 1? Kita kadang-kadang kena beratur tunggu turn semata-mata nak mandi (maklumlah, time part one kelas asyik kol 8pg je) . Hang teringat tak lagi bila time hang malas nak mandi just kerana alasan hang " Naim, aku malas nak mandi ah..Aku nak pergi kelas tak payah mandi boleh..pas abih kelas kol 10 tu aku balik ar mandi..sekarang sejuk ah" dan aku pun berkata " Suka ati hang lah..bukan aku yang busuk" pastu hang pun ambil berus gigi pergi bilik mandi gosok-gosok gigi pastu terus hang perfume/deodorant  sembur bagai nak pitam orang sebelah walaupun tak disembur secara direct-selling direct pastu hang dengan selumber je pergi kelas bagai orang mandi pagi...Hang teringat tak lagi??

Adi,

Aku masih teringat lagi dalam memori aku nie...Hang kalau dapat duet memang cepat ja abis..apa yang hang buat pun aku tatau...Hang boleh tak control penyakit hang tu? Kalau hang tak control nanti merana hidup hang nanti..baik beringat sebelum kena nanti bila da bankrupt baru hang nak menyesal..aku pun nak ingatkan diri aku supaya jangan boros..Hang boleh teringatkan aku tak nanti bila hang jumpa aku? Aku masih teringat lagi wei..time kita pergi kuar bersama-sama..padahal pergi CS je pun...tapi aku percaya setiap kejadian mungkin ada yang boleh menggamit memori ( KAMI BUKAN GAY OKE ).

Adi,

Pastu kita masuk semester 2 pulak..time tu kita satu bilik dengan Alan,syafiq, popo, hakim(BIS) pastu Hakim dia tukar bilik duk dgn Fahmi and Nik pastu kita ajak Nasrol duk skali dgn kita dekat bilik B007 ala-ala bilik James Bond gitu..CLASS GITU..Tapi time tu duk satu bilik 6 orang..Terasa jugak ar sempit tapi nak buat macam mana..da terpaksa kan..? Time semester 2 ang terasa tak hang dah mula jadi "penyegan" hang perasan tak..kami da puas nasihat hang tapi........

Adi,

Semester 3 kita still tinggal dekat bilik yang sama..tapi bukan bersama-sama Nasrol..tapi dengan Am Pre-Law dan Ustaz...Waktu tu memang meriah ah bilik kita tu..dengan 7 orang satu bilik mau tak macam ikan sardin..tapi tak terasa pun nak halau si Am tu..sebab kita tak kesah..kita tahu masalah dia dan kita bantu dia.. Tapi hang still dengan sikap pemalas hang tu..kami da berbuih-buih dah..tapi hang takmau dengaq..hang nak suh bini jaga makan minum hang ka?Mungkin aku bukan siapa-siapa yang sewenang-wenang je nak sound-sound ang..tapi sebagai kawan yang tinggal sekatil dulu time part 1 , sebilik time part 2 and 3..dan aku mungkin terasa nak kata begitu sebab aku takmau lihat Bangsa kita mundur...mungkin kita akan gagal sekali..tapi kegagalan tu tak bermakna kita kehilangan dunia..kita masih ada kehidupan yang perlu kita warnai dengan warna-warna yang dapat merubah nasib anak bangsa kita..

Adi,

11 December 2010..hang ada telefon aku 2 kali..tapi sorry lah bro aku tidoq ah..mengantuk..handphone lak aku vibrate je..Memang takkan perasan ar kalau vibrate jer..pastu pada pukul 04:48pm tadi hang telefon aku lagi sekali..Aku ingatkan apa lah wei...rupa-rupanya ang nak mintak pendapat aku...Aku terharu jugak ar sebenarnya bila hang masih mintak pendapat aku walau aku bukan yang selayaknya untuk memberi pendapat..Tapi sebagai seorang kawan yang pernah tinggal bersama di UiTM dulu aku pun bagi pandangan aku tentang offer yang hang telah terima iaitu daripada UPSI dan UiTM..Aku ucapkan tahniah dekat hang..tapi pada pendapat aku,aku nak tengok hang pergi UPSI..mana lah tahu hang boleh mendidik anak bangsa kita yang makin lama makin tercicir tu..Lagipun kalau hang pergi UPSI hang ada peluang cerah untuk dapat pekerjaan...TAPI JANGAN ULANGI PERKARA YANG SAMA SEPERTI HANG BUAT DKT UITM KEDAH TAW!!!!

Bukan aku tak mau hang pergi UiTM..tapi minat dan masa depan adalah suatu yang amat berbeza..minat kita boleh lakukan sebagai salah satu aktiviti masa lapang..tapi kerjaya kita nak hidup mesti ada kerjaya dan ekonomi yang kukuh..Tambahan pula hang pulak dapat course untuk Bahasa Inggeris untuk budak-budak sekolah rendah..THAT'S GREAT DUDE! Just teruskan sahaja..jangan berlengah..PTPTN pun tak kejar hang...

Akhir kata aku nak hang jangan buat perkara-perkara yang macam hang buat dekat UiTM lagi..Takperlu lah nak join AYAHANDA ke, TOKWAN ANDA ker, MAK ANDA ker,..or ABANG KAWASAN ker..benda-benda tu semua boleh bawak masuk kubur beb!! Yang boleh post masuk kubur ilmu,amal, and sedekah je..Ayahanda ,tokwan anda, mak anda, or Abang kawasan anda pun tak boleh tolong dah time tu..depa pun dok ter"nga - nga" untuk amalan,ilmu and sedekah depa...so aku nasihatkan takpayah ar join benda-benda sorry to says BODOH TU tak bepekdah pun sekupang pun..Pernah depa tolong nak settle duit PTPTN hang?Pernah depa tolong bagi makan dekat hang tetiap hari?Pernah dia bagi hang duit setiap bulan? TAK PERNAH KAN?? Behtu kenapa hang bodoh sangat pergi ikot? C'MON BUDDY,tak ada salahpun kita nak active persatuan apa-apa..tapi biar ar berpekdah sket..join kelab PRS ke..Kelab banteras HIV dan AIDS ke..or KELAB SUKARELAWAN GAZA KE..KOT2 LA DAPAT MATI SYAHID..ni tidak pergi join AYAHANDA TU..hang mati depa dok peluk tubuh ja..syahid pun takdapat.

Kesimpulannya and harapan aku agar hang menjadi seorang yang dapat memajukan bangsa kita, ubah perangai hang jangan duk ikot orang sangat p buat benda-benda yang tak berpekdah tu..ROKOK tu jgn isap banyak-banyak nanti "BAKAL ANAK-ANAK" hang salahkan hang lak bila SPERM hang tak active..KAN DA SUATU KERUGIAN DISITU..DUIT LAK ABIS DKT ROKOK...kalau hang menabung pun da ley bukak AHB (Amanah Hartanah Bumiputera) melepas jgk hajat nak ada bangunan sendiri hehe..

lelabi : Sorry sebab ada bahasa yang agak kasar..hang tak amik hati kan?

Hope pic ni jadi kenangan.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...