/* */

Wednesday, 29 August 2012

PDRM Mohon Cari Suspek Di Dalam Gambar Ini

Ok, Labi-Labi dapat news ini daripada FB PDRM sendiri.. So Labi-Labi copypaste sahaja lah senang..

PADA 26 HB OGOS, 2012 JAM LEBIH KURANG 05.07 PAGI PIHAK POLIS TELAH MENERIMA MAKLUMAT MENGATAKAN PERGADUHAN DIANTARA KUMPULAN LELAKI MELAYU DENGAN KUMPULAN LELAKI INDIA DI HADAPAN KELAB MALAM MADURAI JALAN DORAISAMY KUALA LUMPUR.

BERTINDAK DARI MAKLUMAT ITU SEPASUKAN POLIS TELAH DIKEJARKAN KE TEMPAT KEJADIAN DAN MENDAPATI DUA MANGSA PERGADUHAN TELAH MATI TERKENA TEMBAKAN. KES INI DIKLASFIKASIKAN SEBAGAI KES BUNUH DAN DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK POLIS INGIN MENGHUBUNGI PEMANDU KENDERAAN JENIS PROTON WIRA AEROBACK NO PENDAFTARAN BGE 6660 YANG TELAH MEMBAWA SALAH SEORANG MANGSA KE HOSPITAL BAGI MENDAPATKAN RAWATAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN. DISAMPING ITU PIHAK POLIS JUGA INGIN MENGHUBUNGI INDIVIDU-INDIVIDU SEPERTI GAMBAR BERIKUT YANG DIPERCAYAI DAPAT MEMBANTU PIHAK POLIS DALAM MENYELESAIKAN KES INI.

MANA-MANA ORANG YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN INDIVIDU TERBABIT DIMINTA MENGHUBUNGI BILIK GERAKAN JSJ D9 IPK KUALA LUMPUR DI TALIAN 03-21460685 ATAU MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN.







Lelabi : Sila jangan buat spekulasi tentang kes ini.. Kerana kes masih dalam siasatan. Jangan berlagak macam pegawai penyiasat kalau just tengok dalam tv ja.. PDRM tak perlukan ulasan daripada anda.

SUMBER : POLIS KL
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]

Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...