/* */

Saturday, 1 January 2011

Story : Kesepian Menyelubungi hatiku

Seorang lelaki sedang duduk berdukacita di hadapan cermin.
Pasrah. Sedih. Duka lara.
Di luar, hujan turun lebat mencurah-curah. Seboleh-bolehnya, dia ingin ke luar. Berlutut di dalam hujan dgn kedua belah tangan di udara sambil berteriak "mengapa! mengapa?"
Tapi itu tak mungkin dilakukannya. Kalau kepala kena hujan nanti boleh demam.

Air mata mengalir di pipi gagah lelaki itu. Walaupun ketul dekat perut dia sebijik mcm roti KFC, itu tidak bermakna dia tidak boleh mengalirkan air mata.
Lelaki itu meneruskan pekerjaannya. Sekali ok, dua pedih. Tiga dah tak boleh blah. Sakit sangat. Mcm kamu bawak motor laju2, langgar tunggul pastu terbang mcm superman. Jatuh dgn dagu kamu tersagat atas tar. Ok, takla sakit mcm tu skali.Lebih2 plak..

"dah la tu. Lepas ni i dah tak suruh u cabut bulu hidung lagi. tak sanggup i tengok u terseksa mcm tu sekali" kata Mimi memujuk lelaki terbabit.
"Kalau satu i tak kesah. Tapi jgnla tarik sampai 3 helai sekali. Hidung i rasa mcm kena panah petir" ujar lelaki itu dgn hati yg pasrah.

Hari itu, sistem perhidungan saya kembali tajam seperti anjing detektif.

Lelabi : Comfirm bengang dapat cerita macam nie hahahaha




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...