/* */


Thursday, 24 March 2011

Lawak : Lelaki Miang [18SX]

Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog NineMustafa & JariPlastik sekalian,

Entry kali ini Labi-Labi nak tunjuk dekat anda semua kejadian yang tidak disengajakan oleh Labi-Labi iaitu LabiLabi terjumpa gambar yang dibawah.



Sebenarnya gambar yang dibawah nie terjumpa secara tidak sengaja semasa Labi-Labi tengah blogwalking blog sendiri (takda kerja sampai macam tu lah) hehehhe..

Cuba anda tengok betul-betul dekat gambar itu apa yang ditulis..

" Looking For Lelaki Miang " 


 hahaha..siap boleh jadi advertisement lagi dekat situ..Lepastu siap suruh FIND & COMPARE lagi best deal dekat Kuala Lumpur
Click Gambar untuk tumbesaran Lanjut
Kepada yang tak nampak tu maknanya anda lagi beberapa hari lagi mati la tu..sila buat amal banyak-banyak tau..hehehe


Sumber : http://ninemustafa.blogspot.com/2011/02/bagaimana-seorang-pengawal-peribadi.html





Saturday, 1 January 2011

Story : Kesepian Menyelubungi hatiku

Seorang lelaki sedang duduk berdukacita di hadapan cermin.
Pasrah. Sedih. Duka lara.
Di luar, hujan turun lebat mencurah-curah. Seboleh-bolehnya, dia ingin ke luar. Berlutut di dalam hujan dgn kedua belah tangan di udara sambil berteriak "mengapa! mengapa?"
Tapi itu tak mungkin dilakukannya. Kalau kepala kena hujan nanti boleh demam.

Air mata mengalir di pipi gagah lelaki itu. Walaupun ketul dekat perut dia sebijik mcm roti KFC, itu tidak bermakna dia tidak boleh mengalirkan air mata.
Lelaki itu meneruskan pekerjaannya. Sekali ok, dua pedih. Tiga dah tak boleh blah. Sakit sangat. Mcm kamu bawak motor laju2, langgar tunggul pastu terbang mcm superman. Jatuh dgn dagu kamu tersagat atas tar. Ok, takla sakit mcm tu skali.Lebih2 plak..

"dah la tu. Lepas ni i dah tak suruh u cabut bulu hidung lagi. tak sanggup i tengok u terseksa mcm tu sekali" kata Mimi memujuk lelaki terbabit.
"Kalau satu i tak kesah. Tapi jgnla tarik sampai 3 helai sekali. Hidung i rasa mcm kena panah petir" ujar lelaki itu dgn hati yg pasrah.

Hari itu, sistem perhidungan saya kembali tajam seperti anjing detektif.

Lelabi : Comfirm bengang dapat cerita macam nie hahahaha




Wednesday, 8 December 2010

LAWAK: Banduan baru keluar penjara

Hi ini cerita lawak yang Labi-Labi nak kongsi dengan korang semua..Sumbernya tidak dapat dikenal pasti tapi lawak ar...LAYAN...

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,

"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.


lelabi: credit kepada penulis article ini..walaupun tidak dikenali siapa dia..Labi-Labi just share dgn korang je





Friday, 27 August 2010

KAMU LELAKI YANG SEPERTI DIBAWAH?

1.Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh  macam ler dia betul semua, dsb)
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.








3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)
Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5.Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal


(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7.Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Source : CikLost

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...