/* */

Saturday, 1 January 2011

Story : Tips Memandu Encik Ganjuman

RUMAH saya dekat dgn Taman TAR. Taman TAR adalah satu kawasan yg diduduki org2 kaya. Byk org putih juga duduk sini. Jika saya hilang punca atau pasrah, saya selalu dtg sini. Bagi tenang pikiran, menghirup udara bukit dan juga skodeng org putih jogging.

Ada satu mlm tu kan, saya bawak kereta lalu situ pukul 2.30 pagi sorang2. Layan pasrah. Org cakap tempat tu keras. Ada byk hantu kumkum. Tapi, peduli apa. Antara hantu dgn cacing, saya lagi takut cacing. Hantu pun ada kepala, ada mata, ada paru2 tau? Tapi cacing sgt hodoh. Apa pun takde.Panjang dan berlendir pulak tu. Buruk nak mati..

Tingkap kereta depan belakang saya bukak. Ambik angin mlm..Jalan situ gelap dan sunyi. Lampu jalan pun takde. Bulu tengkok saya tiba2 meremang. Org cakap 'benda' tu dah dekat. Kalau setakat nampak hantu tenggek tepi jalan, mmg saya tak takut. Jgnla pulak dia mengesot2 mcm cacing, nanti saya ngigau malam.

Saya pandang cermin pdg belakang. Saya ternampak ada benda putih terbang2 kat belakang. Kejap kiri kejap ke kanan. Saya betul2 dah cuak. Dada saya berombak. Ibarat dihambat tsunami cinta. Saya genggam stereng. Baca Al-Fatihah dan tiga 'Qul'. Bile time nak masuk tabbat yadaa' mulut saya terkunci. Suara pun tak keluar. Saya gamam. Padan muka dah lama tak baca Muqaddam.

Saya tengok lagi belakang. Saya betul2 tak tahu nak buat apa. Saya tekan2 hon, dia ada lagi kat situ. Last2, saya bertekad. saya beranikan diri. Berhentikan kereta, tgk belakang.

Tips: jgn letak tissue paper kat belakang. Ia boleh buat org histeria dan gelabah mcm labah2.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...