/* */


Thursday 10 February 2011

Video : Animasi daripada LEGO

Hi entry kali ini Labi-Labi nak share dengan korang satu video yang creative tentang lego.

Ole Kirk Christiansen

Lego pada mulanya bermula dalam sebuah bengkel kayu Ole Kirk Christiansen di Billund, Demark. Pada 1916, Christiansen telah membeli sebuah kedai pertukangan kayu di Billund yang telah beroperasi sejak 1895 lagi. Perniagaan tersebut kebanyakannya telah banyak membuat rumah-rumah, barangan perabot dan juga mempunyai staff pelapis mereka sendiri. Sehinggalah pada 1924 bengkel mereka telah terbakar akibat anak Christiansen telah membakar serdak kayu. Selepas kejadian tersebut, Ole Kirk Christiansen telah membina satu lagi bengkel malah lebih besar. Tetapi apakan daya dalam dunia perniagaan bukan selalunya baik, beliau mengalami sedikit kerugian dan mula fokus kepada projek kecil-kecilan sahaja. Beliau telah bermula membuat minature barang-barang dan kemudiannya beliau membuat barangan permainan secara suka-suka. Bermula daripada itulah beliau membuka kedai barangan permainan yang dikenali sebagai LEGO.

Video dibawah menunjukkan bagaimana Lego boleh dijadikan animasi.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...