/* */


Tuesday 2 April 2013

Syabu RM1.5 juta Berjaya Dirampas

Bukit Aman, 2 April 2013 – Dua sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dan satu kes penyeludupan dadah di KLIA Sepang berjaya dipatahkan dalam tiga kes berasingan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia antara 26 Mac hingga 31 Mac bulan lalu. Seramai 11 orang ahli sindiket pengedaran dadah yang terdiri daripada 3 lelaki warganegara Nigeria, 7 lelaki warganegara Iran dan 1 lelaki warganegara Pakistan berjaya ditangkap dan sejumlah 7.5kg dadah jenis Syabu berjaya dirampas dalam kes yang didalangi oleh warga asing itu. Sebuah makmal kecil dipercayai digunakan untuk memproses dadah juga berjaya dibongkar dan kesemua bahan-bahan serta peralatan yang digunakan dalam pemprosesan telah dirampas. Kesemua yang ditangkap berumur antara 22 hingga 58 tahun ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Polis turut menyita 4 buah kenderaan iaitu sebuah Honda CRV, sebuah Toyota, sebuah Hyundai dan sebuah Myvi milik sindiket serta wang tunai sebanyak RM197,450.00 dan USD1,400.00. Nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.5 juta.








Related Searches
How To Make Meth
Bagaimana Buat Syabu

UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Berblogging Pun Boleh dapat duit [KLIK SINI]

Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...