/* */


Wednesday, 28 October 2009

Kepesatan Media X Busy X takde kena mengena

Kepesatan media telah banyak menjana kepada kesinambungan yang amat mendalam. kemajuan media seperti surat khabar dan televisyen (termasuk internet) telah banyak mengubah personaliti anak-anak muda zaman sekarang. Keadaan ini juga tidak terlepas daripada menjangkiti diri Labi-Labi yang dari semasa ke semasa yang amat memeningkan kepala sebenarnya TETAPI hari ini, Labi-Labi bukan mahu menceritakan persoalan ini. Kerana Hal yang demikian rupa tidak kena mengena dalam post kali ini dan tidak kena mengena kepada yang telah meniggaldunia pada 1000 tahun yang lepas.

Hari ini...

Labi-Labi telah mencuba untuk memenuhi kehendak para pembaca yang kerap kali merayu sambil hingus yang berterusan keluar tanpa HENTI,demontrasi jalanan disebabkan blog Labi-Labi tidak terUPDATE,dan FITNAH MEMFITNAH kepada Labi-Labi agar mengemaskini Blog Labi-Labi.

Busy
Sebenarnya Labi-Labi busy dengan tatacara kehidupan Labi-Labi yang tidak terurus dan agak tidak sistematik. Oleh hal demikian, keadaan ini acap kali membuatkan Labi-Labi pening kepala dengan FINAL EXAM yang akan mendatang 30/10/2009.

Oleh itu, Labi-Labi ingin meminta maaf atas kelewatan Labi-Labi mengupdate blog Labi-Labi.
HARAP MAKLUM

Monday, 19 October 2009

Deepavali In My Sportday (DIMS)

DIM Sportday..


17 Oktober 2009 telah menjadi suatu hari yang paling bersejarah dalam keluarga DIM...Kami,warga semester 3 amat berbesar hati apabila ramai yang diantara kita yang sanggup berhempas pulas demi Sportday DIM walaupun ada diantara kita yang menyambut Deepavali dan tidak pulang ke kampung..

Oleh hal demikian, labi-labi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menyokong DIM Sportday sesi July-OCT2009.Tanpa anda siapalah kami.Luf u guys..

Kepada Aman and Amy @ Abah @ Kicap @ Mamu selamat hari Deepavali kepada anda berdua.

Sebelum itu, mungkin tidak terlambat lagi jika Labi-labi ingin menukar DIM Sportday (Diploma in Information Management Sportday) kepada Deepavali In My Sportday..

Labi-Labi KEJAM

Kali ini,Labi-labi telah bertindak dengan drastic apabila Labi-Labi diarah untuk menjaga checkpoint yang SECOND LAST. Labi-Labi diarah untuk memberi suatu tugasan kepada para peserta tetapi apakah tugasan itu...Itu yang Labi-labi hendak ceritakan..

TUGASAN

Setelah berhempas pulas selama berhari-hari bermalam-malam kini kami Ahli Senat Pekena Sampi Nangis telah sebulat suara untuk menugaskan Labi-Labi untuk membuatkan para peserta serik untuk masuk EXPLORACE SPORTDAY..Tugasan yang Labi-Labi lakukan untuk pekena para peserta Explorace Sportday ialah

*Nasi sejuk yang berketul-ketul(4 orang mkn)
*air Special campuran telur,sos cili dan kicap cair sesedap rasa.


Membayangkan itu..Labi-Labi terfikir adakah betul perbuatan Labi-Labi ini...tetapi...malangnya Labi-Labi peduli apa...Sem depan tak mahu masuk explorace..hua3..Sorry junior..

Apabila satu persatu kumpulan yang tiba di checkpoint Labi-Labi..Mereka mesti tertanya-tanya adakah kami mendapa makanan...YA MEMANG ANDA DAPAT MAKANAN tetapi makanan apakah itu..itu yang menjadi tanda tanya..

Muntah

Apabila mengetahui mereka perlu menghabiskan nasi sejuk berketul-ketul+ air special muka mereka nampak agak kecewa dan ada diantara mereka yang muntah dan ada yang makan dengan cara yang menjijikkan (hek eleh labi-labi nie..ko yang bagi nak komen lelebih lak). Tetapi Alhamdulillah tiada yang meninggal dunia setakan ini kerana campuran air Labi-Labi..

Akhir Kata Labi-Labi ingin meminta maaf kepada semua pihak..
Sorry guys kalau Labi-Labi Wat salah


SEKIAN

Sunday, 11 October 2009

Maaf Sebab Lama Tak Post.

Kejadian yang tidak Dapat DIELAKKAN pada 2/10/2009 bersamaan hari Jumaat.....

Pada 1/10/2009..

Labi-Labi telah dikejutkan dengan satu Servis Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim oleh Abang Labi-Labi yang berada diutara tanah air..Semasa Labi-Labi menerima Servis Khidmat Pesanan Ringkas itu, Labi-Labi berasa sebak kerana beliau memberitahu bahawa Che Din Bin Chain iaitu datuk kepada Labi-Labi telah masuk ke hospital kerana Brain Stem Stroke keadaan ini amat membimbangkan Labi-Labi kerana beliau adalah Datuk kesayangan Labi-Labi (bukan pendekar penyu ok?) Pada hari yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan di bahagian buah pinggang kerana dikhuatiri darah beliau akan tercemar dengan bakteria..tetapi Keadaan beliau stabil semasa Labi-Labi dan emak menziarahinya dia Hospital Seberang Jaya Penang.

Pada 2/10/2009...
KESEDIHAN...KEDUKAAN...TANGISAN

Pada pukul 10.30 pagi...
Labi-Labi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mak Su yang mengatakan bahawa Tok Wan telah sakit tenat ..Ya Allah adakah ini tanda-tanda Engkau hendak mengambil Tok Wan ku?...


Pukul 12.30tgahari...
Labi-Labi pergi ke HSJ untuk menziarahi Tok Wan kerana dikhuatiri akan melihatnya buat kali terakhir bersama emak Labi-Labi..

Pukul 1.00tghari...
Kami tiba di Wad ICU 11 tetapi emak seorang sahaja masuk ke dalam wad tersebut bersama Mak Su kerana di Wad ICU hanya dibenarkan 2 orang pada satu-satu masa kerana tidak mahu menyesakkan keadaan dan mahu melancarkan tugas-tugas jururawat disana..

Pukul 1.10 tgh hari....
Labi-Labi dikejutkan dengan berita yang Tok Wan telah meninggal... Berita menyedihkan itu amat menusuk ke dalam jiwa...Sebak yang tak terkira...

---->SEKARANG<----
Walaupun Tokwan da tiada Labi-Labi masih ingat pesanan beliau "Im,belajar elok-elok..sapa lagi nak tolong mak..Im tak kesian dekat mak? Im nak tengok mak antaq koi(kuih) dekat orang pagi-pagi sampai bila-bila?"
Walaupun Tok Wan sudah tiada.. Labi-Labi harap sangat-sangat TokWan bahagia di"sana"...Thanks TokWan sebab pernah nak beli RXZ dekat Im walaupun mak penah larang TokWan beli...

LUF U TOKWAN

Thursday, 24 September 2009

mungkin tidak terlewat kalau labi-labi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua..
Edisi kali ini, labi-labi akan mengupas tentang kesinambungan cerita hantu GIGI atau lebih dikenal sebagai "Gostogith" walaupun hantu gigi ini telah menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati,ketakutan dan kegelian kepada rakyat-rakyat jelata...kali ini..Labi-labi telah mendapat cara-cara untuk mengusir hantu ini daripada mendekati anda semua..ya apa yang saya maksudkan adalah ANDA..YA ANDA LA ADOIYAI..
Setelah labi-labi berguru dengan bomoh datuk kura-kura tokwan kepada pendekar penyu di wilayah son goku..labi-labi telah diajar cara untuk mengusir hantu tersebut...ya anda mungkin tidak percaya dengan keajaiban ini..keajaiban yang telah sekian lama dinantikan oleh kita semua...Ya kita SEMUA...walaupun kita tidak serupa tetapi kita mempunyai matlamat yang 1 untuk menghapuskan makhluk perosak itu (apelah aku megarot ini)

Cara-Cara Mengusir Hantu.
1. Anda wajib mempunyai playar untuk mencabot gigi-gigi yang agak tidak teratur itu,kerana dengan ketiadaan gigi tersebut barulah hantu tersebut tidak lagi menggangu anda.
2. Anda juga memerlukan ketepatan masa dan ketepatan tangan anda untuk mencabot gigi hantu itu.
3. cara yg terakhir, lepas mencabot gigi hantu itu, anda boleh la gelak sekuat-kuat hati untuk menyedapkan ati dan mengembalikan semangat anda yang telah hilang sewaktu anda diganggu hantu itu dahulu.

Perangai Yang Perlu Diubah
1. jika anda gelak terlampau kuat
2. sering melekat dekat dengan org sewaktu anda snap pic
3. Photogedix
4. buat-buat chomel walaupun anda tahu anda tidak chomel
5. Manja yang berlebihan yakni,manja yang sehingga orang lain meluat dengan keadaan anda.


#ps. gambar hantu tersebut tidak dapat dipaparkan kerana ketiadaan wartawan untuk follow up kisah ini..disebabkan wartawan2 labi-labi semuanya cuti so..minta maaf ar..ta boley ar nk follow-up pic dia..maybe nanti oke??

Wednesday, 16 September 2009

Bukan Edisi Labi-Labi

kali ini labi-labi telah digemparkan dengan 1 berita yang tidak labi-labi sangkakan...
apekah berita itu..?Adakah berita itu membuatkan labi-labi sakit jantung..?sakit lutut?sakit mate ataupun sakit sakit? Jawapannya TIDAK...

KISAHNYA BEGINI..

Pada  bulan ogos yang lalu...semasa labi-labi bersiar-siar..labi-labi teringat kepada kelas labi-labi yg perlu labi-labi hadiri...semasa kelas itu..semua rakyat jelata kawan-kawan labi-labi telah digemparkan dengan assignment yang agak BELAMBAK lambak ar kononnya.. Para-para lecture telah bertungkus lumus untuk membusykan kami dengan acara-acara assignment mereka...

Minggu ini...

"Wa....cepatnya masa berlalu...tak sempat aku nk wat asiment da ar belambak-lambak due date sbln je" kata labi-labi...15/09/2009 labi-labi akhirnya telah berjaya menyiapkan sebanyak 2 assingment hua3.. walaupun tidak dapat habiskan kesemuanya..
hua3..walaupun kepeningan, Kekalutan, kesengalan..


Morale of the story- jangan lar wat keja lelambat..t pening ar kepala korang..
kepada readers yg tga tggu kesinambungan kisah hantu gigi..nantikan lah Edisi Labi-Labi KHAS RAYA AIDILFITRI

Sunday, 13 September 2009

Fenomena Seram UiTM Kedah

eeTepat pada 3.05 pagi, labi-labi secara tidak sengaja telah memegang tetikus yg tidak berjenama menghala ke icon Safari Web browser. Selepas meng'klik icon Safari Web Browser terkeluarlah window broser Safari...Labi-labi type www.blogger.com masukkan password,email. Ape la Labi mengarot nie..adoi..

(*oke-oke back to the topic la LABI-LABI lesing kang)<-director marah

Kali ini Labi-Labi ingin merungkai 1 FENOMENA yang sering kita dengar dan jarang kita lihat. Apakah fenomena yang ingin Labi-Labi ungkaikan?dan kenapa Labi-Labi ingin merungkai fenomena ini? itu yg kita perlu lihat...(ehem ehem ayat org2 falsafah) Secara kronologinya,permasalahan ini telah dibangkitkan oleh teman sebilik Labi-Labi yg bernama En.Adi Aqmall,yang sering diganggu oleh sesuatu...apakah sesuatu itu?adakah ianya si Tommy,seekor lipan peliharaan En. Adi Aqmall? ataupun Si Miko,seekor cicak haiwan peliharaan Popo?(hai..pelik2 btol kwn2 aku nie)...tetapi bukan ini permasalahnya..beliau telah diganggu secara emosi oleh makhluk yang dinamakan HANTU atau lebih spesific ianya dikenali sebagai Hantu GIGI,ataupun nama saintifiknya GOSTOGITH(gosto=GhOST,GI= GIgi,TH- teeTH)...
Mungkin saudara-saudari pelik kerana sekarang bulan ramadhan...hantu-hantu,jin-jin,dan syaitan-syaitan telah dikurung..ya memang betul..tetapi masalahnya ini manusia yg seperti hantu yg membelenggu pelajar-pelajar Uitm Kedah..ya UiTM Kedah lebih specificnya pelajar-pelajar FACULTY IS...ya Faculty IS..
Ciri-ciri hantu gigi ini ataupun GOSTOGITH ini selalu mengilai ataupun dgn bahasa mudah gelak ketawa,hantu gigi ini seorang yang peramah tak kira dgn sesiapa sahaja mungkin kerana hantu gigi ini kesyunyian rasanya..hantu gigi ini juga seorang photogenic hantu ini sering kali menjelmakan dirinya didalam gambar-gambar tak kira dijemput atau tidak menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..Kadang kala hantu ini juga sering dikatakan melekat bersama org yg ingin dia dampingi..
Mungkinkah fenomena ini akan terungkai apabila kita mengetahui kebenarannya?mungkinkah Hantu ini akan bermaharajalela?Sama-sama kita nantikan episod yang akan datang yg akan saya kupas pada next entry yg akan datang..
bersama saya Si Labi-Labi dalam EDISI Labi-Labi.Dengan lebih banyak lagi bukti-bukti untuk mengesahkan kejadian ini.sekian terima kasih.

Friday, 11 September 2009

Bangun Lewat....Sakit Badan..

aduh....arini labi-labi bangun lewat ar pulak kol 4 petang baru bangun dibulan Ramadhan nie..adoi makhruh da puasa Labi-Labi..adoi...tahap cipan laut labi-labi tidow....(sowi bang cipan laut)..tah pe kena tah bangun lewat...tak semena-mena labi-labi terfikir adakah labi-labi tidow lewat..??ya..ya..ya..labi-labi tidow lewat ar..adoi...men myspace application mafia war,mobster,mobster overdrive,heroes,poker..hahahahaha..gilew kau..labi-labi men poker tuh duit kalah menanjang ar..adoi.menang 3 tiga kali kalah 2 tiga puluh kali..hahahaha...
Huaa....arini sket tol...kalau tak dkt cafe malinja msti banyak org nak beli makanan bukak posa...arini tah kenapa tah siket je org..maybe sebab budak pre-law balik uma da kot..huhu..bagus jgk..takde ar susa2 sgt labi-labi nk pilih2 lauk..hahahahahaha
Saat ni teringat la pulak dekat masakan mak adoi...rindunya masakan ibu...slalu cuti2 balik..tengok2 minggu ni tak balik ar sebab labi-labi banyak asignment..adoi..dengan kuasa ultramen,labi-labi akan menyiapkan asignment yang telah diberikan itu...hua3...Walaupun otak da jemm jari da kaku,badan da longlai tapi pelik jugak ade jgk masa nk tulis benda alah nie..hahaha..mau tak jemm..asignment belambak2 due date sblm 16september2009..agak kelam kabut ar buat keja2 asignment nie semua..oke ar..da tibe mase tok bukak puasa...dan jangan lupa malam nie malam LAILATULQADAR.


P/S: Labi-Labi baru perasan yang topic tak ada kena mengena dgn content Labi-Labi hahahahaha.So,mintak maaf..hehehe..tak perasan gpun lepas da perasan Labi-Labi Malas ar nk tukar..biar jela..hehehe
Selamat Berbuka.
Selamat Beribadat

Hari Ini Dalam Sejarah.

Al kisah, tepat pada 7.30pg bertarikh 10september2009 aku telah berjaya menyiapkan blog aku..yeah dengan tak tidur lagi dan berjaya menyiapkan blog ini aduhai saleha(ape kena megena saleha plak nie)..Akhirnya aku telah berjaya mengubah diri ku ini dari yg agak SEWEL ikan puyu ini kepada seorang lelaki yg lebih mahu dikenali sebagai LABI-LABI.
Nama Labi-Labi ini tiada kena mengena dgn filem P.RAMLEE ke P.RAMLOO ke ataupun uncle Ramloo Muthusamy Karrupiah. Nama ini juga tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia 10000tahun yg lepas..Labi-Labi ulangi,tiada kena mengena okey..So please jangan lar nak saman Labi-Labi okeyh? Kita enjoy je dkt sini. 
Labi-Labi mendapat ilham untuk mencorak blog ini kerana tertarik dengan cara orang lain menulis blog..So,Labi-Labi terfikir kalau orang lain boleh buat why not Labi-Labi try je. Jadi ke TAK itu BELAKANG KIRA.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung secara terus ke comment tersergam indah yang telah disediakan.
oke? trimas.

tertakluk kepada rukun iman dan rukun islam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...