/* */


Sunday 13 September 2009

Fenomena Seram UiTM Kedah

eeTepat pada 3.05 pagi, labi-labi secara tidak sengaja telah memegang tetikus yg tidak berjenama menghala ke icon Safari Web browser. Selepas meng'klik icon Safari Web Browser terkeluarlah window broser Safari...Labi-labi type www.blogger.com masukkan password,email. Ape la Labi mengarot nie..adoi..

(*oke-oke back to the topic la LABI-LABI lesing kang)<-director marah

Kali ini Labi-Labi ingin merungkai 1 FENOMENA yang sering kita dengar dan jarang kita lihat. Apakah fenomena yang ingin Labi-Labi ungkaikan?dan kenapa Labi-Labi ingin merungkai fenomena ini? itu yg kita perlu lihat...(ehem ehem ayat org2 falsafah) Secara kronologinya,permasalahan ini telah dibangkitkan oleh teman sebilik Labi-Labi yg bernama En.Adi Aqmall,yang sering diganggu oleh sesuatu...apakah sesuatu itu?adakah ianya si Tommy,seekor lipan peliharaan En. Adi Aqmall? ataupun Si Miko,seekor cicak haiwan peliharaan Popo?(hai..pelik2 btol kwn2 aku nie)...tetapi bukan ini permasalahnya..beliau telah diganggu secara emosi oleh makhluk yang dinamakan HANTU atau lebih spesific ianya dikenali sebagai Hantu GIGI,ataupun nama saintifiknya GOSTOGITH(gosto=GhOST,GI= GIgi,TH- teeTH)...
Mungkin saudara-saudari pelik kerana sekarang bulan ramadhan...hantu-hantu,jin-jin,dan syaitan-syaitan telah dikurung..ya memang betul..tetapi masalahnya ini manusia yg seperti hantu yg membelenggu pelajar-pelajar Uitm Kedah..ya UiTM Kedah lebih specificnya pelajar-pelajar FACULTY IS...ya Faculty IS..
Ciri-ciri hantu gigi ini ataupun GOSTOGITH ini selalu mengilai ataupun dgn bahasa mudah gelak ketawa,hantu gigi ini seorang yang peramah tak kira dgn sesiapa sahaja mungkin kerana hantu gigi ini kesyunyian rasanya..hantu gigi ini juga seorang photogenic hantu ini sering kali menjelmakan dirinya didalam gambar-gambar tak kira dijemput atau tidak menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..Kadang kala hantu ini juga sering dikatakan melekat bersama org yg ingin dia dampingi..
Mungkinkah fenomena ini akan terungkai apabila kita mengetahui kebenarannya?mungkinkah Hantu ini akan bermaharajalela?Sama-sama kita nantikan episod yang akan datang yg akan saya kupas pada next entry yg akan datang..
bersama saya Si Labi-Labi dalam EDISI Labi-Labi.Dengan lebih banyak lagi bukti-bukti untuk mengesahkan kejadian ini.sekian terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...