/* */

Sunday, 11 October 2009

Maaf Sebab Lama Tak Post.

Kejadian yang tidak Dapat DIELAKKAN pada 2/10/2009 bersamaan hari Jumaat.....

Pada 1/10/2009..

Labi-Labi telah dikejutkan dengan satu Servis Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim oleh Abang Labi-Labi yang berada diutara tanah air..Semasa Labi-Labi menerima Servis Khidmat Pesanan Ringkas itu, Labi-Labi berasa sebak kerana beliau memberitahu bahawa Che Din Bin Chain iaitu datuk kepada Labi-Labi telah masuk ke hospital kerana Brain Stem Stroke keadaan ini amat membimbangkan Labi-Labi kerana beliau adalah Datuk kesayangan Labi-Labi (bukan pendekar penyu ok?) Pada hari yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan di bahagian buah pinggang kerana dikhuatiri darah beliau akan tercemar dengan bakteria..tetapi Keadaan beliau stabil semasa Labi-Labi dan emak menziarahinya dia Hospital Seberang Jaya Penang.

Pada 2/10/2009...
KESEDIHAN...KEDUKAAN...TANGISAN

Pada pukul 10.30 pagi...
Labi-Labi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mak Su yang mengatakan bahawa Tok Wan telah sakit tenat ..Ya Allah adakah ini tanda-tanda Engkau hendak mengambil Tok Wan ku?...


Pukul 12.30tgahari...
Labi-Labi pergi ke HSJ untuk menziarahi Tok Wan kerana dikhuatiri akan melihatnya buat kali terakhir bersama emak Labi-Labi..

Pukul 1.00tghari...
Kami tiba di Wad ICU 11 tetapi emak seorang sahaja masuk ke dalam wad tersebut bersama Mak Su kerana di Wad ICU hanya dibenarkan 2 orang pada satu-satu masa kerana tidak mahu menyesakkan keadaan dan mahu melancarkan tugas-tugas jururawat disana..

Pukul 1.10 tgh hari....
Labi-Labi dikejutkan dengan berita yang Tok Wan telah meninggal... Berita menyedihkan itu amat menusuk ke dalam jiwa...Sebak yang tak terkira...

---->SEKARANG<----
Walaupun Tokwan da tiada Labi-Labi masih ingat pesanan beliau "Im,belajar elok-elok..sapa lagi nak tolong mak..Im tak kesian dekat mak? Im nak tengok mak antaq koi(kuih) dekat orang pagi-pagi sampai bila-bila?"
Walaupun Tok Wan sudah tiada.. Labi-Labi harap sangat-sangat TokWan bahagia di"sana"...Thanks TokWan sebab pernah nak beli RXZ dekat Im walaupun mak penah larang TokWan beli...

LUF U TOKWAN

1 comments:

Fza.ithu.Zazha said...

Yang pergi x mungkin dpt ditukar gnti.
no matter what it is. he's gone.
tp life must go on.
tokwan will remember u..
always.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...