/* */


Wednesday, 28 October 2009

Kepesatan Media X Busy X takde kena mengena

Kepesatan media telah banyak menjana kepada kesinambungan yang amat mendalam. kemajuan media seperti surat khabar dan televisyen (termasuk internet) telah banyak mengubah personaliti anak-anak muda zaman sekarang. Keadaan ini juga tidak terlepas daripada menjangkiti diri Labi-Labi yang dari semasa ke semasa yang amat memeningkan kepala sebenarnya TETAPI hari ini, Labi-Labi bukan mahu menceritakan persoalan ini. Kerana Hal yang demikian rupa tidak kena mengena dalam post kali ini dan tidak kena mengena kepada yang telah meniggaldunia pada 1000 tahun yang lepas.

Hari ini...

Labi-Labi telah mencuba untuk memenuhi kehendak para pembaca yang kerap kali merayu sambil hingus yang berterusan keluar tanpa HENTI,demontrasi jalanan disebabkan blog Labi-Labi tidak terUPDATE,dan FITNAH MEMFITNAH kepada Labi-Labi agar mengemaskini Blog Labi-Labi.

Busy
Sebenarnya Labi-Labi busy dengan tatacara kehidupan Labi-Labi yang tidak terurus dan agak tidak sistematik. Oleh hal demikian, keadaan ini acap kali membuatkan Labi-Labi pening kepala dengan FINAL EXAM yang akan mendatang 30/10/2009.

Oleh itu, Labi-Labi ingin meminta maaf atas kelewatan Labi-Labi mengupdate blog Labi-Labi.
HARAP MAKLUM

Monday, 19 October 2009

Deepavali In My Sportday (DIMS)

DIM Sportday..


17 Oktober 2009 telah menjadi suatu hari yang paling bersejarah dalam keluarga DIM...Kami,warga semester 3 amat berbesar hati apabila ramai yang diantara kita yang sanggup berhempas pulas demi Sportday DIM walaupun ada diantara kita yang menyambut Deepavali dan tidak pulang ke kampung..

Oleh hal demikian, labi-labi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menyokong DIM Sportday sesi July-OCT2009.Tanpa anda siapalah kami.Luf u guys..

Kepada Aman and Amy @ Abah @ Kicap @ Mamu selamat hari Deepavali kepada anda berdua.

Sebelum itu, mungkin tidak terlambat lagi jika Labi-labi ingin menukar DIM Sportday (Diploma in Information Management Sportday) kepada Deepavali In My Sportday..

Labi-Labi KEJAM

Kali ini,Labi-labi telah bertindak dengan drastic apabila Labi-Labi diarah untuk menjaga checkpoint yang SECOND LAST. Labi-Labi diarah untuk memberi suatu tugasan kepada para peserta tetapi apakah tugasan itu...Itu yang Labi-labi hendak ceritakan..

TUGASAN

Setelah berhempas pulas selama berhari-hari bermalam-malam kini kami Ahli Senat Pekena Sampi Nangis telah sebulat suara untuk menugaskan Labi-Labi untuk membuatkan para peserta serik untuk masuk EXPLORACE SPORTDAY..Tugasan yang Labi-Labi lakukan untuk pekena para peserta Explorace Sportday ialah

*Nasi sejuk yang berketul-ketul(4 orang mkn)
*air Special campuran telur,sos cili dan kicap cair sesedap rasa.


Membayangkan itu..Labi-Labi terfikir adakah betul perbuatan Labi-Labi ini...tetapi...malangnya Labi-Labi peduli apa...Sem depan tak mahu masuk explorace..hua3..Sorry junior..

Apabila satu persatu kumpulan yang tiba di checkpoint Labi-Labi..Mereka mesti tertanya-tanya adakah kami mendapa makanan...YA MEMANG ANDA DAPAT MAKANAN tetapi makanan apakah itu..itu yang menjadi tanda tanya..

Muntah

Apabila mengetahui mereka perlu menghabiskan nasi sejuk berketul-ketul+ air special muka mereka nampak agak kecewa dan ada diantara mereka yang muntah dan ada yang makan dengan cara yang menjijikkan (hek eleh labi-labi nie..ko yang bagi nak komen lelebih lak). Tetapi Alhamdulillah tiada yang meninggal dunia setakan ini kerana campuran air Labi-Labi..

Akhir Kata Labi-Labi ingin meminta maaf kepada semua pihak..
Sorry guys kalau Labi-Labi Wat salah


SEKIAN

Sunday, 11 October 2009

Maaf Sebab Lama Tak Post.

Kejadian yang tidak Dapat DIELAKKAN pada 2/10/2009 bersamaan hari Jumaat.....

Pada 1/10/2009..

Labi-Labi telah dikejutkan dengan satu Servis Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim oleh Abang Labi-Labi yang berada diutara tanah air..Semasa Labi-Labi menerima Servis Khidmat Pesanan Ringkas itu, Labi-Labi berasa sebak kerana beliau memberitahu bahawa Che Din Bin Chain iaitu datuk kepada Labi-Labi telah masuk ke hospital kerana Brain Stem Stroke keadaan ini amat membimbangkan Labi-Labi kerana beliau adalah Datuk kesayangan Labi-Labi (bukan pendekar penyu ok?) Pada hari yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan di bahagian buah pinggang kerana dikhuatiri darah beliau akan tercemar dengan bakteria..tetapi Keadaan beliau stabil semasa Labi-Labi dan emak menziarahinya dia Hospital Seberang Jaya Penang.

Pada 2/10/2009...
KESEDIHAN...KEDUKAAN...TANGISAN

Pada pukul 10.30 pagi...
Labi-Labi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mak Su yang mengatakan bahawa Tok Wan telah sakit tenat ..Ya Allah adakah ini tanda-tanda Engkau hendak mengambil Tok Wan ku?...


Pukul 12.30tgahari...
Labi-Labi pergi ke HSJ untuk menziarahi Tok Wan kerana dikhuatiri akan melihatnya buat kali terakhir bersama emak Labi-Labi..

Pukul 1.00tghari...
Kami tiba di Wad ICU 11 tetapi emak seorang sahaja masuk ke dalam wad tersebut bersama Mak Su kerana di Wad ICU hanya dibenarkan 2 orang pada satu-satu masa kerana tidak mahu menyesakkan keadaan dan mahu melancarkan tugas-tugas jururawat disana..

Pukul 1.10 tgh hari....
Labi-Labi dikejutkan dengan berita yang Tok Wan telah meninggal... Berita menyedihkan itu amat menusuk ke dalam jiwa...Sebak yang tak terkira...

---->SEKARANG<----
Walaupun Tokwan da tiada Labi-Labi masih ingat pesanan beliau "Im,belajar elok-elok..sapa lagi nak tolong mak..Im tak kesian dekat mak? Im nak tengok mak antaq koi(kuih) dekat orang pagi-pagi sampai bila-bila?"
Walaupun Tok Wan sudah tiada.. Labi-Labi harap sangat-sangat TokWan bahagia di"sana"...Thanks TokWan sebab pernah nak beli RXZ dekat Im walaupun mak penah larang TokWan beli...

LUF U TOKWAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...