/* */


Sunday 19 February 2012

Tarian Samba di Brazil Telah Bermula


RIO DE JANEIRO – Festival tarian popular Brazil, Karnival Samba Rio membuka tirai dengan upacara simbolik penyerahan kunci bandar raya ini oleh Datuk Bandar Eduardo Paes kepada ketua karnival, Raja Momo kelmarin.

Terkenal sebagai mitos Karnival Samba, Raja Momo pada kebiasaannya dilakonkan oleh individu berbadan besar. Pada tahun ini, seorang penari gemuk, Milton Junior diberi penghormatan untuk membawa watak tersebut.

Sepanjang lima har bermula kelmarin, orang ramai membanjiri jalan-jalan raya di sini untuk sama-sama memeriahkan pesta jalanan terbesar di dunia itu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bandar raya ketiga terbesar di Brazil, Salvador de Bahia menerajui festival Samba. Ratusan ribu orang keluar ke jalan-jalan raya untuk meraikan festival berkenaan Khamis lalu.

Namun, tumpuan global adalah pada bandar raya ini yang terkenal dengan ekstravaganza perarakan kereta berhias dan penampilan penari-penari wanita yang beraksi dalam keadaan hampir berbogel.

Sebahagian besar acara tersebut disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Karnival Rio menjana 250,000 pekerjaan dan pendapatan lebih AS$640 juta (RM1.94 bilion) untuk hotel dan restoran di sini.

Beberapa pegawai tempatan memberitahu, lebih 5 juta orang termasuk 850,000 pelancong akan memeriahkan acara berkenaaan. – AFP

Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...