/* */


Monday, 3 January 2011

Mengapa Cincin Disarungkan Di Jari Manis


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Lelabi : TAK BOLEH DIPISAHKAN..HAHA






Personal : Hari Pertama Class


Wah..setelah sebulan lebih Labi-Labi menghabiskan cuti di rumah akhirnya tibalah saatnya Labi-Labi memulakan zaman pergi ke kelas...Keazaman tu masih lagi di takuk yang lame..OMG! (Oh My Goat)...Ada sesiapa boleh bagi tips dan nasihat bagaimana hendak meningkatkan keazaman ini?????














TET!!!!
Korang ingat korang layak ke bagi tips dan nasihat??
Sijil ade?Kelayakan ade?Kelulusan nak motivate orang ade??




















I'm Joking!!
hohoh..tapi takpe lah..lagu ini khas untuk kamu semua sila click sini




















Hahaha..Kamu kenai tipu lagi!!
Anyway Selamat Mencuba Maju jaya!!
Arios..
tandatangan
-LabiLabi-













Sunday, 2 January 2011

Personal : Think Wise Act Smart

Sering kita lihat..sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dan ada juga kadang kala kita yang melakukan kesilapan tersebut..Labi-Labi pun rasa pernah berbuat begitu..Apa yang Labi-Labi ingin coretkan dalam entry kali ini adalah kebongkakan dan kesombongan kita sebagai masyarakat terpelajar terhadap golongan yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran..

Dengan ilmu yang dimiliki hanya secebis daripada Ilmu yang Allah turunkan kepada kita,kadang kala secara tidak langsung mengguris hati golongan berkenaan..Labi-Labi tertanya kepada diri Labi-Labi adakah Labi-Labi layak berkata demikian?Adakah anda juga layak berkata seperti itu kepada mereka?


Mari kita fikir sejenak, Adakah kita betul-betul layak melanjutkan pelajaran?Adakah kita benar-benar perfect sehinggakan kita boleh sewenang-wenang memperlecehkan keupayaan orang yang tidak berpeluang melanjutkan pelajara?Jawapannya TIDAK!

Mungkin kali ini kita bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran dan menjadi golongan yang terpelajar..Tapi hati kecil Labi-Labi  terjentik,  
" Mungkin hari ini Aku bernasib baik..siapa tahu hari esok mereka pula bernasib baik..Hidup ini ibarat roda..Kejayaan aku hari ini tidak dapat menjamin 100% kejayaan aku pada hari esok jika aku tidak membantu mereka"
Labi-Labi ingin mengingatkan kepada diri Labi-Labi dan anda semua dalam kejayaan kita ada pengorbanan orang lain juga...Jangan sesekali memperlekehkan kebolehan/idea-idea daripada golongan yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran seperti kita...Hidup ini umpama roda...Boleh jadi hari ini anda di atas menjadi bos..Esok lusa anda pula meminta kerja daripada mereka...

Lelabi : Think Wise,Act Smart!




Saturday, 1 January 2011

Personal : Spam Bra..

Kali ini Labi-Labi nak bawakan kepada anda persoalan yang tidak dapat Labi-Labi jawab sehingga sekarang.. Anda tengok la gambar di bawah ini

Click Gambar untuk paparan yang menabjubkan dan lebih Besar
Pernahkan anda menerima SPAM MSG seperti Labi-Labi? Oh no!Bra!sorry sikit...Setahu Labi-Labi la kan takde la pulak Labi-Labi pakai Bra..even teringin nak pakai Bra tu..tapi macam mana tah dorang nie ley pulak antar bulk/spam msg dekat Labi-Labi tentang Bra..Oh No!

Agak geram lah..nak unsubscribe tapi da padam dah..hahahaha..tapi esok lusa kalau tak terlupa Labi-Labi akan padam unsubscribe (sambil membuat jelingan manje)..Kepada anda yang pernah terima SPAM seperti ini sila laporkan kepada pihak berwajib supaya mereka dapat membuat tindakan susulah!yeah!Hoyeah!Hoyeah!

Kepada yang tak dapat melihat gambar itu dengan jelas..Jangan risau..Jangan betulkan kaca mata anda..Anda boleh click terus di gambar itu..Dan sedia untuk melihat hasilnya... Jeng3X..

Lelabi: geram!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...