Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh!
Saat ini Labi-Labi terkenang kan hidupan Akuatik yang semasa era kegemilangan Labi-Labi pada tahun 1999-2000/02 macam tu lah...
Labi-Labi terkenang kan kisah dizaman Labi-Labi masih kecil dan cengkerang masih lembut-lembut ala-ala kulit penyu ok! (bukan mat LEMBUT)
Waktu yang paling seronok adalah waktu HUJAN akibat proses kondensasi dan penyejatan wap-wap air ke dan membentuk awan yang terpilu bak kate Ning Baizura dan dibantu oleh Sahabat baik Labi-Labi iaitu encik katak yang baru melawat Labi-Labi pada malam semalam..tetapi tetamu itu amatlah tidak disukai oleh mak Labi-Labi kerana dia amat geli kepada Katak. (katak yang dok dalam longkang tu wane coklak ada belang-belang sket tu..ala yang wat pancing ikan haruan tu..)
Hujan Menjelma lagi..
Pada hari hujan..Labi-Labi dulu mesti teringat kepada SAHABAT KARIB Labi-Labi (bukan penyu or kura-kura oke) Kami bersahabat baik ( memang baik gila ar..) waktu hujan kami akan bermain lecah-lecah yang ada dekat padang tanpa menghiraukan tahi-tahi kucing yang sedang terapung di atas lecah itu..
sungguh mengasyikkan permandangan bile ternampak tahi-tahi kucing yang sedang dibasahi oleh titisan air-air hujan..
Kami juga menjadikan aktiviti menangkap anak lipan,bapak lipan mak lipan sebagai aktiviti berfaedah pada masa hujan..sungguh menyeronokkan apabila banyak lipan-lipan yang dapat ditangkap bagaikan nelayan berbangga dengan hasil tangkapan mereka..
Tapi kini, kami telah besar..
tidak lagi bermain-main di lecah yang bergelimpangan tahi-tahi kucing yang terapung. Tapi Labi-Labi miss that moment..papepun Labi-Labi harap dapat bertemu kembali dengan Sahabat-Sahabat karib Labi-Labi..
Saturday, 1 May 2010
Hujan Bersama Kenangan
-The End-
:+: Nama sebenar Penulis : Muhammad Naim Mustafa
:+: Screen Name : Labi-Labi
:+: Tinggal di dalam air bersama hidupan Akuatic.
---------------------------------
---------------------------------
Posted by
Unknown
at
Saturday, May 01, 2010
0 comments:
Post a Comment