/* */


Saturday 12 October 2013

Bagaimana Mendapat P1 Unlimited Quota

Salam kepada semua pembaca blog Labi-Labi, adakah anda telah membaca review P1 WiMax For Home Unlimited yang Labi-Labi telah tulis itu? Jika belum anda boleh lah berbuat demikian dengan pergi ke entry Labi-Labi "Review P1 WiMax For Home"

Kepada yang dah baca kini Labi-Labi nak kupaskan kenapa Labi-Labi nyatakan yang P1 WiMax For Home Unlimited ini sangat berbaloi jika dibandingkan dengan tawaran yang diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan internet ini. Jika anda perhatikan dibawah adalah satu gambar untuk memudahkan anda faham kenapa Labi-Labi nyatakan begitu.


Jika dilihat kepada gambar diatas ini, untuk RM99/1Mbps yang anda bayar anda akan mendapat KUOTA yang tiada had dalam terjemahan Bahasa Inggerisnya adalah Unlimited Quota dengan hanya bermodalkan RM99/sebulan.  Tetapi anda hanya akan mendapat  kuota sebanyak 6GB jika anda melanggan pakej internet daripada penyedia perkhidmatan internet yang lain. Pada hemat Labi-Labi, package yang ditawarkan oleh P1 WiMax For Home Unlimited RM99 ini terbaik yang berada dipasaran. 

Labi-Labi ingin bertanyakan kepada anda adakah kuota sebanyak 6GB cukup untuk membantu anda menampung kerja anda seharian yang dilakukan dengan memerlukan internet? Bagi pelajar ini sudah tentu tidak kerana Labi-Labi pernah merasai kehidupan sebagai seorang pelajar dimana cara pengajaran dan pembelajaran kini dilakukan secara bersemuka dan didalam talian. Itu belum lagi masuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan-tugasan berkumpulan dan tugasan-tugasan individu yang diberikan oleh pensyarah.


Gambar diatas adalah jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk anda melanggan pakej RM149/Sebulan dimana anda akan mendapat kuota tiada had dan kelajuan internet sepantas 2Mbps. Pakej ini sesuai untuk pelajar yang kurang bajet tetapi mahukan talian internet untuk membantu mereka membuat tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Anda boleh berkongsi duit bulanan bersama 2-3teman-teman anda untuk mengurangkan kos internet anda.

Baiklah seperti yang Labi-Labi katakan tadi, kepada pelajar yang kurang mampu anda boleh gunakan peluang keemasan ini untuk berkongsi duit bersama teman-teman anda dan ia mampu untuk mengurangkan kos internet anda. Labi-Labi amat mengesyorkan untuk anda mengambil pakej P1 WiMax For Home Unlimited Power User  kerana P1 WiMax menawarkan internet sepantas 2Mbps dengan hanya RM149/SEBULAN jika dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan internet yang lain anda mungkin mendapat kelajuan yang lebih daripada itu TETAPI kuota mereka beri hanyalah terhad dan ianya mungkin akan habis lebih cepat dan seterusnya akan menyebabkan internet anda menjadi lambat akibat kehabisan kuota.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati P1 WiMax For Home Unlimited [klik teks] website

Lihat di saaat ke 48


$15 - $50 MASUK BERDESUP KEDALAM PAYPAL [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]

Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...