Wednesday, 19 December 2012
Berita : Terkini Pergaduhan Gang India 35 di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 19 Dis. - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan
tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebar khabar angin
kononnya berlaku insiden rusuhan kaum di kawasan Sungai Petani, sejak
dua hari lalu.
Amaran tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk
Abdul Ghafar Rajab selepas polis mendapati terlalu banyak khabar
angin disebarkan ketika ini.
Menurutnya, khabar angin dan fitnah yang disebarkan melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan pelbagai bentuk
lain itu dikhuatiri akan menakutkan rakyat.
"Kita ingin maklumkan kepada semua bahawa berita yang disiarkan
dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu. Pada
hakikatnya, keadaan di daerah Kuala Muda masih aman dan tenteram.
Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku,'' katanya di sini
tengah malam tadi.
UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]
Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan
Berita : Tukang Kebun Mati
Selingan:Semalam kita telah digemparkan dengan berita pergaduhan antara kaum di Sungai Petani antara Gang 35 India dan Melayu di Taman ria sehinggakan ada yang mengatakan gang india 35 tu nak bakar masjid? Omaigosh..tapi polis dah keluarkan latest news mengatakan semua tu tiada apa-apa..Maybe untuk slow down issue nie tak nak jadikan issue nie sebagai batu loncatan kepada mana-mana parti politik untuk jadikan issue untuk "membela" nasib rakyat Sungai Petani yang selama nie tak nampak batang hidung tapi lepas ada issue nie tiba-tiba nak "membela" nasib pulak kan?
SHAH ALAM: Perselisihan faham yang berlarutan sekian lama antara
seorang ketua penduduk dengan tukang kebun sebuah pangsapuri di sini,
mencapai kemuncaknya semalam apabila pemimpin masyarakat terbabit mati
akibat dihentak di kepala dengan penyodok tanah.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, K S Natchymuthu, 53,
parah di kepala dan badan, namun sempat menunggang motosikal sejauh 30
meter sebelum jatuh dan meninggal dunia.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Shah Alam, Deputi Superintendan Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa
ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Sinar, Sunway
Kayangan, Seksyen U9, di sini, yang juga pembantu peribadi kepada Ahli
Parlimen Kapar, S Manikavasagam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan penyodok tanah.
Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan penyodok tanah.
Beliau berkata, biarpun parah mangsa masih sempat melarikan diri menaiki motosikal, namun rebah berhampiran pondok pengawal keselamatan 30 meter dari tempat dia dipukul.
UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]
Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan
Gempar : Keadaan Terkini Gaduh Samseng India dan Melayu Di Sungai Petani
Isu kononnya 'rusuhan kaum' yang berlaku Sungai Petani hanyalah kejadian pergaduhan kecil disebabkan kes pencurian motor. Ada pihak yang cuba membesarkan kes ini hingga menyebabkan berlakukan perasaan takut di kalangan rakyat Malaysia. Suka aku ingatkan Sungai Petani aman damai dan isu rusuhan kaum adalah kes terpencil. Jangan percaya cerita-cerita yang tidak sahih."
![]() |
| Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani (Ahad 16/12/12) lalu susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani .Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan |
Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222.
Jangan terpengaruh sebarang khabar angin.Sila dapatkan sumber sahih dari pihak PDRM.Tq
Boleh tanyan juga terus ke twitter PDRM
Sms dari seorang rakan disana jam 10malam tadi.
"Aku baru balik buat rondaan disekitar sg lalang dan taman ria..keadaan tenang para peniaga masih meniaga,rider pizza pun masih boleh merempit dan tiada sebarang sekatan jalan raya oleh pihak polis,tiada fru dll...sekian dari aku"
UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]
Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan














