/* */


Sunday, 2 September 2012

Gambar Cool : Arca Iron Man Menggunakan LEGO

Siapa kata LEGO hanya untuk perkembangan minda kanak-kanak? Siapa kata LEGO untuk kanak-kanak sahaja? Adakah anda tahu dengan menggunakan LEGO anda boleh menjana jutaan RM menjual arca yang diperbuat dengan hanya menggunakan LEGO?

Gambar dibawah ini adalah satu model Iron Man menggunakan LEGO yang dibuat oleh Evan Bacon dengan menggunakan sebanyak 18,000 keping LEGO dan dibentuk menjadi seolah-olah bentuk Iron Man. Dengan ketinggian 6 kaki arca ini mampu mengjangkau berat 80 pound.





Lelabi : Agak-agak boleh terbang tak? hahaha
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]

Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan

Thursday, 10 February 2011

Video : Animasi daripada LEGO

Hi entry kali ini Labi-Labi nak share dengan korang satu video yang creative tentang lego.

Ole Kirk Christiansen

Lego pada mulanya bermula dalam sebuah bengkel kayu Ole Kirk Christiansen di Billund, Demark. Pada 1916, Christiansen telah membeli sebuah kedai pertukangan kayu di Billund yang telah beroperasi sejak 1895 lagi. Perniagaan tersebut kebanyakannya telah banyak membuat rumah-rumah, barangan perabot dan juga mempunyai staff pelapis mereka sendiri. Sehinggalah pada 1924 bengkel mereka telah terbakar akibat anak Christiansen telah membakar serdak kayu. Selepas kejadian tersebut, Ole Kirk Christiansen telah membina satu lagi bengkel malah lebih besar. Tetapi apakan daya dalam dunia perniagaan bukan selalunya baik, beliau mengalami sedikit kerugian dan mula fokus kepada projek kecil-kecilan sahaja. Beliau telah bermula membuat minature barang-barang dan kemudiannya beliau membuat barangan permainan secara suka-suka. Bermula daripada itulah beliau membuka kedai barangan permainan yang dikenali sebagai LEGO.

Video dibawah menunjukkan bagaimana Lego boleh dijadikan animasi.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...