Hukum: Mengucapkan Merry Christmas kepada Non Muslim
Kat sini ada soal jawab mengenai isu UCAP MERRY CHRISTMAS
kepada non muslim yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Yang ni
jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan untuk dibuat satu entri lengkap
supaya semua dapat baca terus semua. Semoga bermanfaat untuk semua.
(diambil dari FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus)
Soalan 1
: Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je
Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas
ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0%
pulak
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yang Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir banyak lagi yang tak reti..
Soalan 2
: Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! . Christmas adalah hari
untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry
Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..
Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.
Soalan 4
: (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada
rakan-rakan yg menyambutnya? (2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah
Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan,
boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
(Jawab)
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry
atau selamat. 2. boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap
atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir
menjamah jamuan yang halal sahaja.
Soalan 5
: Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke?
..orang non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so
diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? ..
Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan
elok2..
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih
ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau
kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak
harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw
masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bukan dengan
saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum
dan perintah agama di mana saja kita berada..
Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?
(Jawab)
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada
hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau
ucapan agama mereka.
Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain macam contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..
Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas..
(Jawab)
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian
cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan
kafir yg batil dari Kitab Bahrulmmazi.
~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~
UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI] Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]
Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan