/* */


Friday, 30 April 2010

Color Your Perspective

Hari yang membosankan hari ini..
hmm..
Labi-Labi bangun pukul 1430.
haha..
(agak kepenatan disitu ye!)

duduk-duduk tengok tv..

baca surat khabar UTUSAN muka depan dia tulis antaranya ialah
- JANGAN DATANG SELANGOR by Sultan Sharafuddin-
baca The Star plak
- Sand Bust : hund for culprit who have made billions and damaged environment-

tapi ruangan yang paling best Labi-Labi baca ialah UTUSAN- Ruangan FORUM-

: Labi-Labi terbaca satu komen daripada HAMBA ALLAH nie menyatakan GURU KERJA PENAT!

: semalam Labi-Labi baca jaga orang komen pada guru dan Pensyarah(lupe name yg last tu) pensyarah tu kata kerja guru dan pensyarah PENAT..

: Penat ke kalau keje CIKGU n Pensyarah?

: Labi-Labi tertanya-tanya (monolog dalam hati)

: Mungkin PENAT kot..

: PENDAPAT LABI-LABI - Kalau penat dan nak mengeluh kenapa dulu pilih nak jadi GURU? dulu kata nak didik anak bangsa~bile da jadi macam ni terus komen bermacam-macam(ADOIYAI APE NAK JADI?)

: Pendapat lagi yang Labi-Labi Baca daripada surat khabar ttg guru penat lgi-
" GURU YANG PENAT BOLEH MENUKAR KERJAYA KEPADA AHLI BOMBA. BOLEH RASA PANJAT TANGGA BAGUNAN 30 TINGKAT. PADAM KEBAKARAN DAN SELAMATKAN GADIS KETAKUTAN.PASTI SERONOK DAN TAK PENAT!" itu adalah komen seorang hamba Allah..

: Pendapat Labi-Labi: mungkin betul jgk komen di atas tu..kalau penat apa kata guru-guru dan pendidik yang PENAT ni pergi tukar profession jadi pencuci tingkap bagunan ke, buruh binaan ke, polis yang bertarung nyawa ke, askar ke..kalau takmau penat sangat anda bolehlah jadi PENGEMIS..Kerja mintak dekat orang..dapat rm500 sehari lepas tu balik rumah.. rm500x30= rm15000 same dgn gaji 4~5 orang guru sebulan.

: Labi-Labi bukan nak hentam sesiapa..sebab dulu Labi-Labi sekolah, Labi-Labi tak pernah dengar Cikgu-Cikgu Labi-Labi merungut kata penat ataupun "whatsoever" lah.

-akhir kata WHATSOEVER LAH!-
--------------------------------------------------------------------------------
THE STAR:

~SHOOTING DEBATE~

: FROM MY READING ABOUT PEOPLE COMMENTS, 15 years old, NO LICENSE, BREAKING TRAFFIC RULES, DANGER TO OTHERS, what do you think?

: From people comment: "WHO LET A 15 years old drive? it is the boy have legal driving license?" use your mind and think critically. Even if you want to have license, minimum age is 16years old and you can ride your own motorcycle NOT A CAR!. So why people blame the police? maybe we should blame the parents FIRST because they let their son driving the car. Their son is under their custody.

: Police just doing their job!what do you thing if you at behind the 15 years old boy car and he reversing and then hit you? you might die guys. And the boy is treatening other people lives. POLICE HAVE RIGHT TO DEFENCE!.

: I wonder why his parent give permission to their son to drive a car? it is the car is silent without sound until their parent didn't realize that??

: There are nothing more that i can said, let the police do their investigation.

: Hope you don't mind with my opinion..everybody have different opinion about something~

is it the ZEBRA black with the white stripes or white with the black stripes?
< try to generate your idea and be different with others,do your own research and compete with other >


-LABI-LABI-
Salam 1 Malaysia
ARIOS!

-THE END-

:+: Pendapat diatas tidak boleh dijadikan sebarang inkues di MAKHAMAH dan tidak VALID untuk dijadikan sumber-sumber premier. Entry di atas juga tidak ada kena mengena dengan sesiapa selain daripada KEHIDUPAN AQUATIC dan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak hadir ke kerja dan meMinta cuti MC :+:

RECORD DATANG DAN PERGI

Exam Record Telah Lepas.!

Foundation of Record Management telah abis juga semalam 29/4/2010..
akhirnya Labi-Labi 90% terlepas daripada cengkaman Rekod-Rekod yg agak mengecewakan kerana dekat Part C essei Alhamdulillah semuanya dibawah kawalan otak Labi-Labi yang agak "hang" sket nie..
tapi yang menyedihkan nie PART A-B

hope dapat lulus SEMESTER ini.
bye jumpa lagi!
Salam

bijih timah>

Sunday, 18 April 2010

Kami MELATAH ATAU KAMU?

Labi-Labi tertarik dengan seorang hamba Allah yang telah mendefinasikan keadaan melatah yang telah dicetuskan olehnya~

Pada pendapat Labi-Labi..
Melatah daripada sudut kamus adalah sesuatu perbuatan yg telah menjadi kebiasaan ataupun tabiaat~
pada pandangan Labi-Labi~
Manusia itu telah melatah..kerana menjadi TABIAT die membuat perkara itu..

Kejadia Melatah ini telah HANYA TERJADI ya Labi-Labi highlight kembali HANYA TERJADI kepada Golongan Melayu sahaja mengikut kajian yg telah dijalankan secara sainstifik

Labi-Labi tertarik dengan ayat ini:

"MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini" 

(sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/15753-penyakit-melatah-hanya-di-asia-tenggara.html ) 

Bagi Labi-Labi, kami tak kesah kerana walaupun anda cepat melatah..kami tetap sayangkan anda. Segala virus program2 anda moga-moga berjaya..Labi-Labi pun tak kesah..masuk ke dalam program nuklear pun Labi-Labi tak kesah kerana bagi Labi-Labi yang tertarik kepada ayat-ayat FALSAFAH Konficius yang berbunyi, 
"if you want to rule the state, first put your house in order, to put your house in order, first cultivate yourself morally, to cultivate yourself morally, first put your heart right, to put your heart right, you must be sincere."

RENUNG-RENUNGKANLAH

Thursday, 8 April 2010

Lama Labi-Labi menyepi...

-Minta Maaf Semua-

Bukan ku pinta untuk jadi begini..
bukan ku rayu kepada yang tak sudi..
bukan ku minta membaca ini
bukan kamu orangnya kalau rase Labi-Labi ini Mengarot..
Sila tekan [x] disebelah kanan anda untuk tutup..
thx

Labi-Labi terbaca satu blog kawan Labi-Labi..
Awek tudung?berkepit sana sini depan member2?
tangan hilang?
Labi-Labi terfikir sejenak...
Labi-Labi tahu siapa orang nya..
tak perlu kot nak bagi tahu..
coz time will reveal everything..
juz wait and see what will happen in the future
Tudung tak semestinya BAGOS.
tapi lebih AFDAL cari yang bertudung
moga2 kurang bebanan dosa..
kalau da jodoh dgn FREE HAIR..juz time jelah..
takkan nak tolak Jodoh Allah..
Seluk-Seluk depan member tu 
tangan hilang tu harap tak perlu kot tunjuk dpn member..
pls: dont try this infront of ur friends..oke?
hope u will be fine 
we will always pray for ur happiness..
don't neglect YOUR responsibilities as MAN..
be a gentleman..
If ADE JODOH TAKKAN KEMANA..
Rilex and wait

P/S: KENYATAAN LABI-LABI TIADA KENA MENGENA ANTARA HIDOP DAN MATI. SO SEBARANG PENGGUNAAN KATA-KATA LABI-LABI SEBAGAI PENGGANTI MC, COURT, ATAU DIMANA2 SAHAJA ADALAH TIDAK AKAN DILAYAN I'M SO SORRY GUYS.!!

Pantun Ke Ape?

ade sorang budak..seluk2 sini..
seluk dalam-dalam dapat satu benda...hmm..
ape lagi nak susa..dapat benda senang ati...
takmau cakap pikir ar sendiri..huhu

Sunday, 21 February 2010

Labi-Labi n Hidupan Air

Minggu ini adalah minggu yang paling bersejarah...sejarah berulang lagi? ya...huhu...Malasnya nak Fikir adoiyai...hmm..kehidupan ku telah kembali seperti biasa..tiada komitmen kepada mana2 manusia selain family labi-labi yang berada jauh diperantauan(yeyeh ohh je hang nie labi-labi family duk penang wat mcm duk australia).

 Walaubagaimanapun, kehidupan akan diteruskan..hidup seperti dahulu untuk berusaha kini dan mencapai kejayaan esok.  


Masa depan kita esok bergantung kepada keputusan kita hari ini, Kejadian hari ini adalah satu takdir..kejadian semalam adalah untuk pedoman..

Monday, 18 January 2010

Sorry

Halow2...

sory2 labi2 lama tak post new entry...
bukan ape..labi2 juz tak ada internet connection je..
nie pun pki BB member..
hmm..
kepada semua peminat...diharap anda bersabar dengan ape yang telah terjadi kepada labi-labi...bukan niat labi-labi nak lupakan anda semua..tapi paham2 jelah..
oke2..papepun..tunggu new entry labi-labi tak lama lagi..

Wednesday, 28 October 2009

Kepesatan Media X Busy X takde kena mengena

Kepesatan media telah banyak menjana kepada kesinambungan yang amat mendalam. kemajuan media seperti surat khabar dan televisyen (termasuk internet) telah banyak mengubah personaliti anak-anak muda zaman sekarang. Keadaan ini juga tidak terlepas daripada menjangkiti diri Labi-Labi yang dari semasa ke semasa yang amat memeningkan kepala sebenarnya TETAPI hari ini, Labi-Labi bukan mahu menceritakan persoalan ini. Kerana Hal yang demikian rupa tidak kena mengena dalam post kali ini dan tidak kena mengena kepada yang telah meniggaldunia pada 1000 tahun yang lepas.

Hari ini...

Labi-Labi telah mencuba untuk memenuhi kehendak para pembaca yang kerap kali merayu sambil hingus yang berterusan keluar tanpa HENTI,demontrasi jalanan disebabkan blog Labi-Labi tidak terUPDATE,dan FITNAH MEMFITNAH kepada Labi-Labi agar mengemaskini Blog Labi-Labi.

Busy
Sebenarnya Labi-Labi busy dengan tatacara kehidupan Labi-Labi yang tidak terurus dan agak tidak sistematik. Oleh hal demikian, keadaan ini acap kali membuatkan Labi-Labi pening kepala dengan FINAL EXAM yang akan mendatang 30/10/2009.

Oleh itu, Labi-Labi ingin meminta maaf atas kelewatan Labi-Labi mengupdate blog Labi-Labi.
HARAP MAKLUM

Monday, 19 October 2009

Deepavali In My Sportday (DIMS)

DIM Sportday..


17 Oktober 2009 telah menjadi suatu hari yang paling bersejarah dalam keluarga DIM...Kami,warga semester 3 amat berbesar hati apabila ramai yang diantara kita yang sanggup berhempas pulas demi Sportday DIM walaupun ada diantara kita yang menyambut Deepavali dan tidak pulang ke kampung..

Oleh hal demikian, labi-labi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menyokong DIM Sportday sesi July-OCT2009.Tanpa anda siapalah kami.Luf u guys..

Kepada Aman and Amy @ Abah @ Kicap @ Mamu selamat hari Deepavali kepada anda berdua.

Sebelum itu, mungkin tidak terlambat lagi jika Labi-labi ingin menukar DIM Sportday (Diploma in Information Management Sportday) kepada Deepavali In My Sportday..

Labi-Labi KEJAM

Kali ini,Labi-labi telah bertindak dengan drastic apabila Labi-Labi diarah untuk menjaga checkpoint yang SECOND LAST. Labi-Labi diarah untuk memberi suatu tugasan kepada para peserta tetapi apakah tugasan itu...Itu yang Labi-labi hendak ceritakan..

TUGASAN

Setelah berhempas pulas selama berhari-hari bermalam-malam kini kami Ahli Senat Pekena Sampi Nangis telah sebulat suara untuk menugaskan Labi-Labi untuk membuatkan para peserta serik untuk masuk EXPLORACE SPORTDAY..Tugasan yang Labi-Labi lakukan untuk pekena para peserta Explorace Sportday ialah

*Nasi sejuk yang berketul-ketul(4 orang mkn)
*air Special campuran telur,sos cili dan kicap cair sesedap rasa.


Membayangkan itu..Labi-Labi terfikir adakah betul perbuatan Labi-Labi ini...tetapi...malangnya Labi-Labi peduli apa...Sem depan tak mahu masuk explorace..hua3..Sorry junior..

Apabila satu persatu kumpulan yang tiba di checkpoint Labi-Labi..Mereka mesti tertanya-tanya adakah kami mendapa makanan...YA MEMANG ANDA DAPAT MAKANAN tetapi makanan apakah itu..itu yang menjadi tanda tanya..

Muntah

Apabila mengetahui mereka perlu menghabiskan nasi sejuk berketul-ketul+ air special muka mereka nampak agak kecewa dan ada diantara mereka yang muntah dan ada yang makan dengan cara yang menjijikkan (hek eleh labi-labi nie..ko yang bagi nak komen lelebih lak). Tetapi Alhamdulillah tiada yang meninggal dunia setakan ini kerana campuran air Labi-Labi..

Akhir Kata Labi-Labi ingin meminta maaf kepada semua pihak..
Sorry guys kalau Labi-Labi Wat salah


SEKIAN

Sunday, 11 October 2009

Maaf Sebab Lama Tak Post.

Kejadian yang tidak Dapat DIELAKKAN pada 2/10/2009 bersamaan hari Jumaat.....

Pada 1/10/2009..

Labi-Labi telah dikejutkan dengan satu Servis Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim oleh Abang Labi-Labi yang berada diutara tanah air..Semasa Labi-Labi menerima Servis Khidmat Pesanan Ringkas itu, Labi-Labi berasa sebak kerana beliau memberitahu bahawa Che Din Bin Chain iaitu datuk kepada Labi-Labi telah masuk ke hospital kerana Brain Stem Stroke keadaan ini amat membimbangkan Labi-Labi kerana beliau adalah Datuk kesayangan Labi-Labi (bukan pendekar penyu ok?) Pada hari yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan di bahagian buah pinggang kerana dikhuatiri darah beliau akan tercemar dengan bakteria..tetapi Keadaan beliau stabil semasa Labi-Labi dan emak menziarahinya dia Hospital Seberang Jaya Penang.

Pada 2/10/2009...
KESEDIHAN...KEDUKAAN...TANGISAN

Pada pukul 10.30 pagi...
Labi-Labi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mak Su yang mengatakan bahawa Tok Wan telah sakit tenat ..Ya Allah adakah ini tanda-tanda Engkau hendak mengambil Tok Wan ku?...


Pukul 12.30tgahari...
Labi-Labi pergi ke HSJ untuk menziarahi Tok Wan kerana dikhuatiri akan melihatnya buat kali terakhir bersama emak Labi-Labi..

Pukul 1.00tghari...
Kami tiba di Wad ICU 11 tetapi emak seorang sahaja masuk ke dalam wad tersebut bersama Mak Su kerana di Wad ICU hanya dibenarkan 2 orang pada satu-satu masa kerana tidak mahu menyesakkan keadaan dan mahu melancarkan tugas-tugas jururawat disana..

Pukul 1.10 tgh hari....
Labi-Labi dikejutkan dengan berita yang Tok Wan telah meninggal... Berita menyedihkan itu amat menusuk ke dalam jiwa...Sebak yang tak terkira...

---->SEKARANG<----
Walaupun Tokwan da tiada Labi-Labi masih ingat pesanan beliau "Im,belajar elok-elok..sapa lagi nak tolong mak..Im tak kesian dekat mak? Im nak tengok mak antaq koi(kuih) dekat orang pagi-pagi sampai bila-bila?"
Walaupun Tok Wan sudah tiada.. Labi-Labi harap sangat-sangat TokWan bahagia di"sana"...Thanks TokWan sebab pernah nak beli RXZ dekat Im walaupun mak penah larang TokWan beli...

LUF U TOKWAN

Thursday, 24 September 2009

mungkin tidak terlewat kalau labi-labi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua..
Edisi kali ini, labi-labi akan mengupas tentang kesinambungan cerita hantu GIGI atau lebih dikenal sebagai "Gostogith" walaupun hantu gigi ini telah menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati,ketakutan dan kegelian kepada rakyat-rakyat jelata...kali ini..Labi-labi telah mendapat cara-cara untuk mengusir hantu ini daripada mendekati anda semua..ya apa yang saya maksudkan adalah ANDA..YA ANDA LA ADOIYAI..
Setelah labi-labi berguru dengan bomoh datuk kura-kura tokwan kepada pendekar penyu di wilayah son goku..labi-labi telah diajar cara untuk mengusir hantu tersebut...ya anda mungkin tidak percaya dengan keajaiban ini..keajaiban yang telah sekian lama dinantikan oleh kita semua...Ya kita SEMUA...walaupun kita tidak serupa tetapi kita mempunyai matlamat yang 1 untuk menghapuskan makhluk perosak itu (apelah aku megarot ini)

Cara-Cara Mengusir Hantu.
1. Anda wajib mempunyai playar untuk mencabot gigi-gigi yang agak tidak teratur itu,kerana dengan ketiadaan gigi tersebut barulah hantu tersebut tidak lagi menggangu anda.
2. Anda juga memerlukan ketepatan masa dan ketepatan tangan anda untuk mencabot gigi hantu itu.
3. cara yg terakhir, lepas mencabot gigi hantu itu, anda boleh la gelak sekuat-kuat hati untuk menyedapkan ati dan mengembalikan semangat anda yang telah hilang sewaktu anda diganggu hantu itu dahulu.

Perangai Yang Perlu Diubah
1. jika anda gelak terlampau kuat
2. sering melekat dekat dengan org sewaktu anda snap pic
3. Photogedix
4. buat-buat chomel walaupun anda tahu anda tidak chomel
5. Manja yang berlebihan yakni,manja yang sehingga orang lain meluat dengan keadaan anda.


#ps. gambar hantu tersebut tidak dapat dipaparkan kerana ketiadaan wartawan untuk follow up kisah ini..disebabkan wartawan2 labi-labi semuanya cuti so..minta maaf ar..ta boley ar nk follow-up pic dia..maybe nanti oke??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...