/* */


Monday, 6 December 2010

Banner Maker atas TALIAN.

ImageChef Custom Images
Hi para pembaca blog Labi-Labi...Entry kali ni Labi-Labi nak share dgn korang banner maker yang ada dekat website.
Even nampak simple je,at least better have 1 than nothing
pic dkt atas nie Labi-Labi buat dkt

-CLICK SINI-

Moga-moga entry kali ini sedikit sebanyak dapat membantu Para Pembaca!

Arios Amego (padahal tak tau apa maknanya :-P)

Lagu AUTOPLAY yang menyakitkan hati

Friday, 3 December 2010

MY DREAM VEHICLES :)

 BMW X6
Kereta yang paling Labi-Labi minat. Tapi kereta nie jenis SUV
harga dia ley cecah RM530k above..
cylinder kereta nie ada 6 valve dia ada 4, so dia ley generate 306HP
enjin dia ley kata antara yang terbaik dalam class SUV la.
top speed dia 240kmj
bagi Labi-Labi bentuk badan BMW X6 ni memang gempak lah.
tercantik didalam kelas SUV..


 Lexus RX350
Lagi satu kereta jenis SUV yang Labi-Labi minat
kali nie keluaran LEXUS
sama kan macam TOYOTA HARRIER :)
tapi nie LEXUS 3.5L engine kereta nie
kereta nie 6-Cylinder, V-Configuration, DOHC, 24 Valves
dan max output dia 273hp(horse power) / 6,200rpm (rotation per minute)
top speed kereta nie 200kmj

  Nissan Silvia S15
Kereta sport yang paling diminati oleh Labi-Labi
walaupun kereta ni da tak keluar dah.
tapi Labi-Labi tetap meminati kereta nie
tgk bodi dia cantik kan?
sporty je.. :)
harga pasaran di Malaysia second-hand RM110k tu pun tgk dkt mudah.my haha :D

Maserati GranTurismo S 2008
engine 4.2 L (4244 cc) 90° V8 and 4.7 L (4691 cc) 90° V8
  kereta nie 434 hp laju la!
haha
acceleration 1-100kmj 4.9saat sahaja.
top speed kereta nie 295kmj
harga kereta nie kalau dekat Malaysia Labi-Labi tak tahu
ye la dgn tax nye la bayar sini bayar sane mesti la dkt 700k jgk la..tah-tah mahal lg. :)

Nissan Fairlady 350z
kereta nie keluaran NISSAN.
kecil-kecil cili padi tetapi menawan hati.
kereta sport
tapi tok time muda-muda ja.
kalau da beranak pinak jgn nak berangan nak beli yang nie kalau takda kereta tok Family ada faham!
harga kereta nie Labi-Labi tengok dkt dalam mudah.my RM16+k and ABOVE jgk la
tapi kalau secondhand tu rm125k pun ley dapat dah.
tapi sendiri mau tanggung lah kalau rosak.

SUBARU IMPRENZA WRX STI
305 hp 2.5-liter DOHC turbocharged engine
Turbocharger with high-cross-flow-design intercooler. Maximum boost pressure: 14.7 psi.
6-speed manual transmission
kereta nie kalau dkt malaysia RM2++K kalau tak silap
second hand dkt mudah RM150k da ley dapat dah.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


SUBMARINE
jeng jeng jeng!
haha amik ko!
Labi-Labi nak sgt yang nie tau tak.
senang nanti nak tengok hidupan Akuatik nanti senang.
ley melawat Pendekar Penyu, Jonny Jaws,Willy Whale, 
tetiba terkenang kepada beliau semua.
:)
harga submarine nie 1billion estimate je la bro!
haha


Tuesday, 30 November 2010

Tahniah Pos Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Labi-Labi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia kerana mereka telah secara rasminya melancarkan
POSTME.COM.MY salah satu rangkaian membeli belah secara maya di Malaysia yang menawarkan servis penghantaran barang-barang.

Anda semua boleh "google up" website di internet.buat masa ini tidak banyak barang-barang yang ditawarkan,tetapi mungkin lagi 3~6 bulan lagi dia akan meningkat sejajar dgn arus kemodenan kita sekarang.
hehe.


:+: P/S : sekarang kita pun ada E-BAY. :P

Sunday, 21 November 2010

Belacan & Paku Membuka minda RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini Labi-Labi ada satu video yang amat mencuit hati anda semua.
iaitu dua orang lelaki MAT SALLEH yang dikenali sebagai BELACAN & PAKU telah merakamkan banyak video yang menggunakan BAHASA MALAYSIA dengan fasih dan "agak betul" + "baku" juga sebutan mereka.(Labi-Labi pun jadi baku sebentar dalam post kali ini hehe)
apa-apa pun layan...




Anda telah lihat video itu?
Anda boleh bandingkan cara RAKYAT MALAYSIA menggunakan BAHASA MALAYSIA itu sendiri bagaimana?
ada juga yang lahir di MALAYSIA tapi masih tidak dapat menguasai BAHASA MALAYSIA dengan baik.
Ada  juga segelintir MELAYU yang GAGAL dalam peperiksaan BAHASA MALAYSIA..kenapa ini terjadi?Adakah mereka menggunakan bahasa selain daripada BAHASA MALAYSIA di rumah (kepada MELAYU YANG GAGAL DALAM PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA)
"Tepuk dada tanya DIRI"
 



Dibawah adalah video P.Ramlee yang asal.
Harap semua pembaca blog Labi-Labi terhibur dengan apa yang Labi-Labi paparkan kali ini.



Friday, 19 November 2010

KENAPA KAU RACIST..MESTI BACA!

Assalamualaikum kepada semua pembaca Blog LABI-LABI...
Agak lama Labi-Labi tidak mencoret kisah hidup  Labi-Labi di dalam blog ini..
kali ini Labi-Labi ada satu cerita yang amat mendukacita juga lah  pasal RACIST..


Definisi RACIST :
"
  1. The belief that race accounts for differences in human character or ability and that a particular race is superior to others.
  2. Discrimination or prejudice based on race.  "

KES #1

Agak terkilan jugak lah..
Hari itu semasa  Labi-Labi pergi mencari kerja (PART-TIME) di sekitar kawasan disini, sedang Labi-Labi pusing-pusing satu pasaraya yang popular di Malaysia ini, Labi-Labi ternampak perkataan |VACANCY|
Setelah ternampak perkataan |VACANCY|,Labi-Labi pun pergi lah ke kaunter kedai yang tulis |VACANCY| tu, Labi-Labi pun memulakan perbualan lebih kurang seperti ini.

Labi-Labi : "Hello, do you have job vacancy here?"
PEKERJA 1 : "Ha?what??&%*^%^&%^&%(bahasa cina apa tah Labi-Labi tak paham, sambil memanggil rakannya di dalam)"
Labi-Labi : "Do you have job vacancy here?"
PEKERJA 2 : "OoOOoO..have have have..(sambil mengambil roti Hailam Kosong..Labi-Labi dalam kepala da hairan)"
Labi-Labi : "I said, Job VACANCY do you have any?"
PEKERJA 3 : "(sambil sembang2 dgn rakan2 dlm bahasa cina)32!#@!$!$@!$!@!!#@^^*^..sorry tak ada"
Labi-Labi : "OOOH..OKE..(dalam Hati kata mst depa takmau pekerja melayu)"

KESIMPULANNYA nak tahu kenapa Labi-Labi boleh berfikir demikian? Kerana kalau JOB VACANCY tu takda mesti la dia da buang da bunting yang terpapar dkt kedai dia tu..benda besar kot...takkan tak perasan kot.. Nampak sangat RACIST..Labi-Labi tengok semua pekerja di kedai tu CINA..KALAU TAKMAU MELAYU KERJA DI SANA TULIS LAR WE ONLY HIRE CHINESE KAN SENANG!TADEW AR NAK TERHEGEH-HEGEH PERGI DEKAT SANA MACAM PENGEMIS MINTAK KERJA.


KES #2

Hari itu, time Labi-Labi sedang bersiar-siar berseorangan dekat salah sebuah MALL yang agak terkenal di PENANG..Labi-Labi terlihat banyak kertas-kertas yang tertulis dalam bahasa cina di kedai-kedai yang menjual pakaian,Dalam hati Labi-Labi mesti kedai ini kepunyaan CINA...

Dekat kedai tu tertulis bahasa cina pada mengamatan Labi-Labi kertas itu mungkin tertulis KERJA KOSONG / JOB VACANCY...Labi-Labi boleh bersangka demikian adalah kerana dekat kertas yang tertampal di kedai mereka itu tertulis RM1000+ + SOCSO + KWSP sebab tu lah Labi-Labi berkata demikian..

Ya Labi-Labi faham itu kedai mereka dan itu perniagaan mereka tetapi perlu ke wat mcm tu ? Bangsa lain tak reti buat kerja ke? Adakah kerana "NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA"Anda boleh menilai kan?Siapa yang RACIST sekarang? Apa yang Labi-Labi boleh lihat BANGSA MELAYU lah yang paling bermurah hati kerana kadang-kadang sanggup kepala mereka dipijak oleh bangsa lain kerana SEKELUMIT KEBAIKAN KEPADA MEREKA SENDIRI DAN BUKANNYA KEBAIKAN KEPADA BANGSA MELAYU. Melayu juga tak kisah walaupun sesiapa yang berkerja dengan mereka asalkan orang itu sanggup berkerja memajukan business mereka. TAPI PERSOALANNYA berapa ramai yang sanggup berkerja??


KES #3

Kes ini terjadi apabila Labi-Labi melayari website http://www.mudah.my bahagian JOBS..anda boleh saksikan sendiri di sana Labi-Labi malas nak bercerita panjang..anda boleh tengok sendiri dekat website tu..





KESIMPULAN ENTRY KALI INI
Labi-Labi harap, perkara seperti ini tidak berlaku lagi..COME ON LAH..kita semua orang MALAYSIA kan.mari kita majukan negara ini..jangan terlalu mementingkan diri sahaja..NEGARA MAJU KITA SEMUA UNTUNG..

Tuesday, 19 October 2010

Pesanan Kepada BF ank AKU (Lawak)

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Friday, 27 August 2010

KAMU LELAKI YANG SEPERTI DIBAWAH?

1.Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh  macam ler dia betul semua, dsb)
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.








3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)
Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5.Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal


(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7.Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Source : CikLost

Lukisan atas jalan REAL!

Thursday, 26 August 2010

Siapa Kita Sebenarnya !!!



Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan..

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya.... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak..

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang......! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. DIA menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!


Kisah di atas tiada kaitan dgn Labi-Labi pun..tapi Labi-Labi tertarik dengan  "moral value" yang ada dalam cerita ini...yang baik datang daripada Allah SWT yang buruk datang daripada KITA sendiri..

Wednesday, 25 August 2010

Picture FARMVILLE yang tercantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...